Jet Berharga AS$1 Billion Milik Jho Low Bakal Dijual.. Gila Kaya Jho Low Ni...


Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memberi lampu hijau kepada perjanjian antara Jabatan Kehakiman (DoJ) negera itu dengan Global One Aviation Ltd (Global 5000)untuk menjual jet Bombardier Global 5000 yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Global 5000 berkata, kebenaran itu dikeluarkan oleh hakim daerah AS, Dale S Ficher, semalam.

“Pihak-pihak (dalam perjanjian) telah bersetuju satu proses bidaan rasmi untuk menjual jet tersebut perlu dijalankan serta-merta, dengan perolehan daripada jualan itu disimpan secara eskrow di AS sehingga hak sah pihak terlibat ditentukan melalui prosiding kehakiman yang wajar.
“Perjanjian ini dicapai dengan kerjasaman kerajaan AS bagi memastikan hak sah pihak terlibat berkaitan jet tersebut dipertahankan, dan nilai jet berkenaan tidak merosot sewaktu tuntutan ke atasnya ditentukan sewajarnya,” katanya.

Kenyataan itu disertakan dengan satu salinan dokumen yang dikatakan keputusan sokongan.

Keputusan itu menyebut mahkamah mendapati jualan interlokutori kapal terbang itu adalah sesuai dan perlu di bawah Peraturan G (7)(b)(i) Peraturan Tambahan bagi Tuntutan Admiraliti dan Maritim dan Tindakan Perlucuthakan Aset.

Ini kerana “(i) kapal terbang itu terdedah kepada kemerosotan dan kerosakan kerana besar kemungkinan ia tidak digunakan semasa litigasi ini berjalan jika ia tidak dijual kepada pihak ketiga, dan (ii) perbelanjaan penjagaan kapal terbang itu adalah berlebihan dan/atau tidak berpadanan dengan harga pasarannya yg munasabah”.

Jet berharga AS$35 juta itu kini disimpan di Lapangan Terbang Seletar di Singapura sejak ia diimpaun oleh pihak berkuasa negara itu pada 2017.

Ia dikatakan merupakan sebahagian daripada aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa diperolehi menggunakan dana yang dicuri daripada syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.

Keputusan mahkamah AS itu berkata, proses bidaan terbuka bagi jet itu akan dibuka selepas 15 hari perintah mahkamah dibuat. Bidaan akan dibuka selama 25 hari, dan setelah itu pihak terlibat dan pembeli yang berjaya akan membuat perjanjian pembelian kapal terbang tersebut.

“Dengan tercapainya perjanjian ini dengan DoJ, dan disahkan oleh sebuah Mahkamah Persekutuan AS, Global 5000 yakin hak pihak terlibat ke atas jet berkenaan sentiasa terpelihara dan penyelesaian tuntutan akan diputuskan oleh sebuah mahkamah yang sah,” kata kenyataan itu lagi.

FreeMalaysiaToday

Post a Comment

0 Comments