Kenapa Nak Lindungi "Menteri 30%" ?


Nampaknya ada yang sudah mula risau saya bersuara mengenai matawang kripto.

Ada yang marah. Biarlah. Saya tidak mahu rakyat dimangsakan.

Bagi saya ini tidak betul. Kenapa nak lindungi "Menteri 30 peratus" Khalid Samad dan rakan-rakan dia?

Kenapa matawang kripto lain diberi amaran dan maklumat mereka dipapar kepada umum oleh institusi-institusi kerajaan tetapi dalang Harapan Coin terus dilindungi?

Hari itu FundMyHome. Sekarang Harapan Coin. Kedua-dua pernah atau tidak Menteri Kewangan fikir nak lindungi rakyat?

Bagaimana pula dengan matawang kripto kuda atau Horse Currency? Apa komen Menteri Kewangan?

Kesemua ini bukan perkara yang kecil. Jika RM100 bilion Harapan Coin diperlukan untuk transaksi dengan kerajaan misalnya, maka 30 peratus kepada rakan-rakan ialah RM30 bilion.

Beberapa bulan lepas, satu kajian telah dibuat mengenai matawang kripto.

Ini berkenaan skim Tawaran Duit Syiling Awal (Initial Coin Offering atau ICO).

Didapati bahawa 80 peratus skim matawang kripto pada 2017 berunsur penipuan.

Malah baru-baru ini sebuah syarikat di Korea Selatan, Pure Bit, telah menghilangkan diri dengan berjuta-juta dolar Amerika.

Saya berharap Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti membuat keputusan yang memihak kepada rakyat dan melindungi kami semua.

Jangan sampai ada yang muflis dan gadai harta. Jangan sampai ada yang hancur musnah hidupnya. Jangan sampai kami hilang segala-galanya.

Tulisan Najib Razak

Post a Comment

4 Comments

  1. Berlagak macam pandai...bila tanya apa citer dengan bini dia ...semua dia jawab saya tak tau...mana bini dapat duit, saya tak tau...mana bini dapat cincin, saya tak tau...bodoh punya laki...

    ReplyDelete
  2. Ada ke rakyat Malaysia yang nak dengar nasihat bangang dari Najib si penyamun ni? Daripada dengar cakap2 tolol yang keluar dari mulut manusia yang tak sedar diri dan tak de rasa penyesalan lebih baik lah rakyat Malaysia dok baca buku, sambung kerja atau pi tidur. Najib ni adalah malapetaka yang melanda Malaysia akibat dari kebobrokan dan kemungkaran UMNO. Satu je nasihat aku pada Najib, "Shut up"!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Dia bersuara mengikut dari pengalaman dia sendiri..

    Kerana dia penipu dan menyamun sekali maka bagi dia semua orang serupa macam dia.

    Kan lebih baik biarkan pemimpin tersebut lakukan kesalahan tersebut supaya mudah pembangkang ambil alih negara.

    Ada ke nak menipu dedahkan dan maklumkan apa si penipu nak buat..

    Kalau ada kebenaran pun sebab kerugian dan risiko berlaku nya pihak yang ambil kesempatan atas kelemahan sistem keselamatan.

    Dia cuba nak menyamakan orang lain dengan perangai dia

    ReplyDelete