Pergaduhan kumpulan kuil dan kumpulan pemaju telah berlaku di dalam kawasan Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.
Punca kejadian adalah perselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan isu perpindahan Kuil," kata pejabat polis daerah dalam suatu kenyataan di Facebook
Polis IPD Subang Jaya juga menasihatkan, "orang ramai tidak membuat apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang."
"Keadaan adalah baik dan terkawal," katanya.
Video kejadian di media sosial memaparkan sekumpulan besar orang terlibat dalam pergaduhan itu. Paling kurang sebuah lori pikap diterbalikkan khalayak yang marah. NST melaporkan 18 kenderaan telah dibakar.
Hantaran pada media sosial menunjukkan polis antirusuhan tiba di tempat kejadian.
Para penganut dilaporkan berkumpul di kuil tersebut untuk melindunginya daripada perobohan. Mereka dilaporkan didatangi sekumpulan orang luar lantas mencetuskan perbalahan.
Kuil tersebut sepatutnya dipindahkan pada 22 November lalu. Rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak 2007 selepas tanah itu dibeli oleh One City Development Sdn Bhd.
Pada tahun 2014, penghakiman dengan persetujuan di mahkamah memutuskan syarikat One City dan dua kumpulan yang bersaing untuk menguruskan kuil itu bersetuju memindahkan tempat ibadat penganut Hindu itu ke atas sebidang tanah, kira-kira tiga kilometer dari tapak asal.
One City juga menyumbangkan RM1.5 juta kepada pihak kuil sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian.
Walau bagaimanapun, para penganut terus menentang usaha memindahkan kuil itu yang dilaporkan telah wujud sejak tahun 1891.
Malaysiakini
0 Comments