Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, kenyataan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad bukan sahaja “pramatang” dan “bertentangan proses undang-undang sewajarnya”, tetapi juga bermotifkan politik terhadap bekas perdana menteri itu.
Dengan pengakuannya itu, kenyataan media ketua audit negara yang dikeluarkan secara luar biasa kepada orang ramai pada pagi Ahad dibuat atas arahan Kabinet,” kata Shafee beberapa jam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan sudah dimulakan terhadap dakwaan itu.
Ini seolah-olah menunjukkan ada ketegangan politik dan pertimbangan untuk mengeluarkan kenyataan media itu.
Hari ini, Madinah dilaporkan berkata, Najib dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri ketua setiausaha sulitnya, Tan Sri Shukry Salleh bersama ketua setiausaha negara dan ketua audit negara ketika itu, Tan Sri Ali Hamsa serta Tan Sri Ambrin Buang, mengarahkan satu perenggan dalam laporan audit terbabit digugurkan.
Akibatnya, beliau berkata, pembentangan laporan audit itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dijadualkan pada 24 Februari 2016, terpaksa ditangguhkan kepada 4 dan 7 Mac 2016.
Perenggan itu mengandungi kehadiran Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pada September 2009.
Tetapi, Shafee berkata, tiada persoalan mengenai Najib cuba menyembunyikan peranan Jho Low, walaupun kehadiran ahli perniagaan itu dalam mesyuarat sudah dijelaskan dalam Dewan Rakyat pada Disember 2015, kira-kira 3 bulan sebelum laporan audit yang didakwa dipinda itu dibentangkan kepada PAC.
Shafee yang memetik hansard Parlimen pada 25 November 2015 berkata, Kementerian Kewangan dengan jelas menyatakan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah itu atas kapasitinya sebagai wakil Putera Turki bin Abdullah yang juga pemilik PetroSaudi Inc.
Kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB itu turut didedahkan dan dibincangkan dalam prosiding PAC mengenai 1MDB pada 25 November 2015, yang turut dihadiri bekas ketua audit negara.
Harus diingat jawapan Parlimen dan prosiding PAC dibuat lebih awal berbanding dakwaan mengarahkan perenggan mengandungi kehadiran Jho Low dalam satu mesyuarat 1MDB, digugurkan daripada laporan ketua audit negara itu.
Shafee berkata, Najib akan membuat penjelasan lanjut berhubung isu itu kemudian.
Katanya, pertemuan Najib dan Ambrin bukannya sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah prosedur standard bagi ketua audit menemui pihak yang diaudit untuk mendapat penjelasan sebelum laporan audit dimuktamadkan.
Beliau menyifatkan kenyataan Madinah hari ini seolah-olah “cubaan untuk mempengaruhi pandangan orang ramai” menjelang perbicaraan Najib dikaitkan dengan tuduhan pemindahan meragukan daripada syarikat berkaitan 1MDB.
Katanya, Madinah juga tidak menghubungi ahli Parlimen Pekan itu sebelum mengeluarkan kenyataannya.
Oleh itu, anak guam saya tidak pernah diberikan peluang untuk bertindak balas terlebih dahulu kepada kenyataan media itu dan ini satu lagi pelanggaran keadilan yang serius.
FMT
0 Comments