"Setiap Hari Rakyat Dihina" - Najib Razak

SUBSIDI BUAT RAKYAT TAK MAMPU BERFIKIR DAN BERDIKARI?

Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan.

Hari ini keluar kenyataan bahawa Kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tak buat kerja pun boleh dapat duit.

Kerajaan BN dulu tak pernah kata pemberian bantuan atau 'subsidi' seperti BR1M ini untuk menggantikan gaji atau pendapatan.

Kita buat adalah sebagai social safety net, untuk bantu mereka lengkapkan apa yang mungkin kurang daripada pendapatan harian mereka.

Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berfikir?

Ada satu kisah benar di mana seorang penerima bantuan subsidi mesin jahit dia boleh buat meniaga dari rumah, tak perlu kerja malam, dia cukup gembira.

Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berdikari?

Dahlah harga barangan makin hari makin naik, ekonomi makin teruk, ringgit makin jatuh, pendapatan negara pun berkurang bila mereka gantikan GST dengan SST.

Setiap hari rakyat dihina.

Apa sebenarnya Kerajaan hari ini buat untuk negara, untuk rakyat Malaysia?

Najib Razak

Post a Comment

4 Comments

  1. Apalah kamu cakap tu Najib, kamu dah sauk wang saku rakyat lebih daripada yang kamu pulangkan balik! Duit yang lebih itu kamu laki bini dan anak tiri kamu buat joli sakan, kamu fikir rakyat ini semuanya boleh dan mudah diperbodohkan lagikah?

    ReplyDelete
  2. Bukan "sauk", Bang. Di pakai nya jaring besau, pukat tunda, dia, Rosmah, Jho Taek yang menunda. Celaka, ia itu, bawa malang kpd rakyat.

    ReplyDelete

  3. Najib sudah tidak di pedulikan media. Dia pun gamak nya dah fedap dengan media. Jadi, dia tak ada panggil sidang akhbar / press conference lagi. Lagi pun, dia sudah tidak ada pejabat lagi, kalau panggil, kena buat kat rumah dia, mesti kena tengking dek Rosy.

    Jadi dia tulis dlm FB saja ler. Dia ada banyak masa, sebab rasa nya tiada siapa datang jumpa dia lagi - "hell hath no fury like a conman scorned" - pinda kata2 Shakespeare sikit.

    Dia ha nya boleh coba keritik kerajaan PH. Coba - tak berkesan. Rakyat membaca dia mesti berkata, "Cakap aje pandai, bila buat, jadi tahi, mcm masa dia merintah."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia baru. FB lagi dipercayai daripada media dong

      Delete