Siapa Pelaku Durjana Celaka Ni? Patut Kenakan Hukuman Sula!

Sangat sedih, apatah lagi kalau melihat nasib mereka. Kanak2 yang hilang tempat berkasih sayang dan mengharapkan belas kasihan daripada insan sekeliling, tetapi diperlakukan dengan begitu sadis. Siapakah individu yang terlibat disebalik perkara ini. Kalau ada info details, boleh PM, kami akan post di blog untuk pengetahuan umum.

Astro Awani | Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengesahkan seramai 29 kanak-kanak di sebuah pusat jagaan pertubuhan kebajikan anak yatim di Temerloh di sini, dipercayai dicabul dan didera.

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, satu operasi menyelamat telah dibuat JKM Temerloh di pusat jagaan tersebut, 8 November lalu yang melibatkan pelindung-pelindung JKM.

Menurutnya, hasil siasatan awal semua kanak-kanak terbabit disyaki didera dan dicabul dan mereka juga telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

“Pusat jagaan itu menempatkan tujuh kanak-kanak perempuan dan 22 lelaki. Dua daripada mereka tidak mempunyai keluarga dan JKM akan memohon perintah mahkamah pada Isnin (esok) untuk menempatkan mereka ke institusi JKM manakala 27 yang lain telah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

“Kes ini bermula dengan aduan seorang daripada penghuni pusat itu kepada polis. Susulan aduan tersebut polis membuat siasatan dan merujuk kanak-kanak itu untuk pemeriksaan hospital.

“Bagi melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 20 (1) dan Seksyen 17, JKM telah membuat pemeriksaan secara mengejut untuk menyelamatkan kanak-kanak di pusat jagaan itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Utusan | Seorang kanak-kanak trauma selepas didakwa dicabul dan didera di sebuah rumah kebajikan dan anak yatim di Charuk Puting di sini baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian itu turut melibatkan sekumpulan pelajar lain.

Ibu mangsa, Jamilah Mohamad,30, berkata, dia amat terkejut apabila mendapat tahu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai kejadian menimpa anak perempuan sulungnya yang berusia 10 tahun.

"Saya tidak sangka anak saya mengalami gangguan seksual termasuklah diraba di badan dan alat sulit selain didera dengan cara disalai dengan api.

"Saya sedih kerana anak saya yang sebelum ini ceria mengalami trauma dan lebih suka menyendiri di rumah akibat kejadian itu,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Jamilah, anaknya dihantar ke sekolah kebajikan berkenaan Jun lalu bersama adik lelakinya yang berusia enam tahun.

Beliau mendakwa ada mendengar cerita mengenai murid-murid di rumah kebajikan berkenaan didenda termasuklah dengan salai kaki dan terdapat bilik kurungan yang kini dijadikan stor

"Saya tidak mengesyaki apa-apa cuma sebelum ini pelbagai alasan diberikan jika kami ingin melawat dan pesanan WhatsApp pun tidak dibalas oleh warden.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood mengesahkan kejadian dan berkata, polis masih melakukan siasatan.

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete