Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau bimbang sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu menunaikan janji-janji yang telah dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terutamanya dalam soal penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.
Dr. Mahathir berkata, PH pernah berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun jika gabungan itu berjaya memerintah negara dan beliau berjanji bahawa kerajaan pimpinannya komited untuk menunaikan janji itu.
"Buat janji memang mudah, terutama bila pilihan raya, janji apa saja untuk dapat sokongan tapi tunai janji tidak seperti buat janji.
"Sejuta bukan angka kecil untuk rumah, tetapi ini janji kita dan kita akan tunaikan janji untuk bina sejuta rumah dalam jangka masa 10 tahun," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran FundMyHome.com di Eco Majestic, di sini hari ini
UTUSAN
2 Comments
Dah janji kena tunaikan TUN
ReplyDeleterumah mampu tengok kena tukarkan jadi mampu milik!, ini tak harga paling rendah pun rm260,000 ribu! hutang 30thn kali =RM600,000 ribu dibayar. Separuh daripada pendapatan kerja sampai pencen tu.
ReplyDeletebeli rumah boleh, tapi tak payah beli benda lain macam kereta, motor, bini, pakaian, makanan. Duduk jela kat rumah.