Beliau berkata pengumuman berkenaan antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan akan dibuat pada sidang media di Parlimen.
“Kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kita jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihkan kerana ia melibatkan kepentingan Islam,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Untuk rekod, Lembaga Tabung Haji (TH) giat melabur dalam pasaran hartanah di dalam dan luar negara. Di Malaysia, TH memiliki beberapa bangunan komersil di sekitar Lembah Klang.
Selain bangunan ibu pejabat di Menara TH Tun Razak, terdapat juga Menara TH Platinum, Menara TH Selborn, Menara TH Uptown, Menara TH Perdana, Menara TH Plaza Sentral, Menara TH Damansara dan Menara Bank Islam.
Dalam pada itu, TH turut membuat pelaburan hartanah di luar negara termasuk di United Kingdom, Australia dan Arab Saudi.
Antara hartanah yang dimiliki oleh TH di dalam dan luar negara adalah seperti berikut:
Astro Awani
0 Comments