Dalam BN Dulu, Aku Cakap Semua Ikut

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan bahawa pemimpin parti itu Amanah yang menganggotai kabinet tidak berani menyanggah cadangan projek kereta nasional ketiga oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Kata Khalid, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berada dalam kabinet bukan sekadar menurut sahaja segala cadangan perdana menteri.

Sebaliknya kata beliau sesuatu cadangan dibincangkan secara mendalam sebelum keputusan muktamad diambil.

Pimpinan kita (ada tegur), banyak isu kita tegur. Dr Mahathir dalam mesyuarat kabinet dia kata, dulu-dulu (semasa zaman) BN senang saja, aku cakap semua ikut.
Sekarang dalam PH, kami berbahas-bahas dalam mesyuarat kabinet sampai tiga ke empat jam untuk cuba capai kata sepakat, katanya ketika memberikan ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh.

Semalam wakil Pemuda Amanah Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan menegur pemimpin parti itu kerana tidak berani bersuara dalam kerajaan kerana takut hilang jawatan.

Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai cadangan projek kereta nasional ketiga yang dikemukakan perdana menteri.

Mengulas mengenai kereta nasional ketiga, Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia adalah inisiatif pihak swasta dan tidak menggunakan duit kerajaan.

Kita kena faham, ia inisiatif swasta, bukan nak gunakan duit kerajaan. Dr Mahathir jumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur AS400 bilion, (iaitu) RM1.6 trilion dia hendak laburkan.
Nak suruh dia laburkan dalam apa? Batik? Mestilah hendak labur dalam industri. Dr Mahathir cakap, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Kita (pemimpin) dah letakkan syarat, hendak buat kereta nasional ketiga, jangan duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments