Duterte Tak Tahu Ker, Di Kelantan Kereta Mewah 1 Keperluan.


Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengarahkan semua agensi kerajaan untuk mengelak menggunakan kenderaan mewah dan kekal kepada kereta yang “kos efektif, menjimatkan minyak dan mesra alam sekitar” dalam usaha menunjukkan bahawa pentadbiran beliau adalah berhemah dalam penggunaan dana awam.

Isnin lepas, beliau menandatangani Perintah Pentadbiran (AO) 14 yang memperincikan peraturan pemerolehan kenderaan bermotor kerajaan dan mengguna pakai sistem perolehan berpusat.

AO 14 telah dikeluarkan bagi menghalang pemerolehan dan penggunaan kenderaan mewah di semua agensi kerajaan nasional, termasuk milik kerajaan atau perbadanan yang dikawal kerajaan, institusi kewangan kerajaan serta universiti dan kolej awam selain unit kerajaan tempatan.

“(AO 14) telah diisytihar bagi memastikan pemerolehan kenderaan bermotor kerajaan adalah berpandukan prinsip-prinsip kesesuaian fungsi, kemampuan dan kebolehlaksanaan, selaras dengan piawaian tertinggi parsimoni dan keberkesanan dalam perbelanjaan awam,” menurut AO.

Sementara itu, perintah tersebut tidak meliputi kenderaan yang digunakan bagi keselamatan naib presiden dan presiden, kenderaan yang disumbang kepada kerajaan oleh kerajaan asing atau pelbagai institusi, kenderaan yang digunakan oleh pembesar asing yang melakukan lawatan serta kenderaan yang diperoleh melalui penggunaan dana daripada program bantuan pembangunan rasmi sedia ada.

Malaysiadateline

Post a Comment

0 Comments