Tindakan senarai hitam diambil Majlis Amanah Rakyat (MARA) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di bawah majlis itu hanya bersifat sementara.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ibu bapa atau penjaga yang dikenakan tindakan senarai hitam oleh MARA bagaimanapun tidak layak memohon kemasukan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Beliau berkata, penyenaraian hitam itu boleh ditarik semula jika peminjam atau ibu bapa pelajar tampil kepada MARA untuk membuat penyesuaian.
“Sistem senarai hitam dikenakan kepada mereka yang tidak membayar pinjaman tiga bulan (berturut-turut), namun ia bersifat sementara kerana kita mahu peminjam datang kepada MARA dan menyelesaikannya.“Jika tidak mampu bayar, kita buat penyesuaian semula. Lepas berjumpa selalunya mereka akan membayar dan secara automatik tidak lagi disenarai hitam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang mahu tahu sama ada tindakan senarai hitam kepada peminjam atau ibu bapa boleh dihapuskan supaya anak mereka mendapat akses kemasukan ke MRSM.
Rubiah berkata, syarat kemasukan pelajar ke MRSM ialah calon, ibu dan/atau bapa kandung adalah warganegara Malaysia, calon memohon secara dalam talian, perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) serta mendapat keputusan cemerlang manakala ibu bapa atau penjaga tidak disenarai hitam oleh MARA.
Beliau berkata, antara pinjaman yang tidak dibayar termasuk pinjaman usahawan yang ditawarkan bagi memastikan sistem perniagaan mereka dapat dinaik taraf.
“MARA banyak menawarkan pinjaman dan kalau ada isu timbul, mereka boleh merujuk kepada MARA,” katanya.
Walaupun MARA membenarkan kemasukan kepada semua pelajar yang layak ke MRSM, Rubiah berkata, layanan aspek pembayaran membabitkan pelajar daripada B40, M40 dan T20 adalah berbeza.
Katanya, latar belakang bukan keutamaan MARA dalam meluluskan permohonan kemasukan ke MRSM, sebaliknya keputusan cemerlang dalam akademik dan UKKM.
“Layanan dari sudut akademik sama tetapi kita mewujudkan pembayaran berbeza kepada M40 dan T20 untuk memenuhi kehendak dalam sistem.“Bagi B40 yang tidak mampu, kita ada program khas dikenali sebagai Budi yang mana MARA menaja sepenuhnya kepada yang layak dengan bantuan sehingga RM2,500 setahun dan wang poket RM50 sebulan.“Bayaran lain pun kita jelaskan dari sudut kemudahan di asrama, dobi, bayaran koperasi, jawatankuasa muafakat, dan kokurikulum,” katanya.
1 Comments
Ketimbang masa dolu dolu papa ni kuat kencing Ketimbang sekarang ini papa paling kuat kencing, kuat tipu dan kuat gebang. Dah teruk sangat Anwar Bin Ibrahim ni..!!
ReplyDeleteWahai Papa dan anok anok papa sklian kalau isreal berhak wujud dan mempertahankan diri...bagaimana pula rakyat palestin yang negaranya dijajah dan setiap hari dibunuh?????
Papangang Anwar Ibrahim ditanya sama ada menerima hak Israel untuk wujud dan mempertahankan diri.
CNN: Tetapi anda akan setuju bahawa, a) Israel berhak wujud.
Anwar: Ya, ya.
CNN: Dan b) Israel berhak mempertahankan dirinya.
Anwar: Ya.
Jawapan Anwar itu bercanggah dengan dasar kerajaan Malaysia yang selama ini tidak mengiktiraf negara Zionis itu.
Link bawah ni wooi walaun..!!
https://youtu.be/uc7UFnI8y-c
Azzam Tamimi, seorang ahli akademik Palestin terkemuka yang berpangkalan di London, melahirkan rasa terkejut dengan pendirian Anwar, sambil berkata perdana sepatutnya memberi jawapan berbeza kepada soalan daripada CNN.
"Jawapan betul untuk soalan pertama adalah seperti berikut: 'Apakah kamu meminta saya mengiktiraf kesahihan sebuah entiti penjajah yang dibina di atas tanah yang dicuri daripada rakyat Palestin? Apakah kamu meminta saya mengiktiraf sebuah negara yang lahir daripada pembunuhan beramai-ramai?'" Tamimi, yang pernah mengarang buku mengenai sejarah Hamas, memberitahu MalaysiaNow.
"Jawapan yang betul kepada soalan kedua ialah: 'Siapa yang berhak mempertahankan diri, penjajah atau mangsa penjajahan?'" tambahnya.
Sayap tempatan pergerakan global memulau Israel - Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) - mengingatkan bahawa Israel dibina atas tanah rakyat Palestin yang diusir menerusi jenayah perang dilakukan negara Zionis itu.
Saya ulangggg...!!
KETIMBANG LAH KAU...!!!
kah kah kah
#KencingTipuGebangKikikikiKetimbang