Ini Lawak - Anda Percaya Waytha Tiada Harta Untuk Istihar Pada SPRM ??


Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata beliau tidak mempunyai sebarang harta untuk diisytihar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Waythamoorthy yang merupakan pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu berkata, beliau menghabiskan wangnya sebelum ini untuk memperjuangkan masyarakat India.

Saya sepanjang hidup saya (menjadi) aktivis, semua pendapatan saya dibelanjakan untuk memperjuangkan nasib masyarakat India yang miskin.
Saya pun dulu peguam, tapi saya tak ada (harta) sebab semua pendapatan saya sekian lama saya dah belanjakan macam itu (perjuangkan masyarakat India)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Berdasarkan Portal Pengisytiharan Harta, Waythamoorthy antara salah seorang ahli kabinet Pakatan Harapan yang belum mengisytiharkan harta kepada SPRM.

Malaysiakini

Post a Comment

1 Comments

  1. apa nk pelik. adib pun depa bleh ckp kena langgar. takat nk pusing istihar harta. celah ketiak tok sami jer. hahahaha

    ReplyDelete