Jujurkah Elit Politik Kerajaan PH ?


Ini masa keikhlasan elit politik Melayu dituntut supaya insaf sentimen perkauman bukan sahaja ada pada orang Melayu.

Elit politik India dalam kerajaan PH pula tidak harus berpeluk tubuh. Mereka harus mengingatkan kaum mereka supaya rasional, tidak rasis berhubung isu pembinaan kuil di tanah yang bukan hak milik.

Mereka sama ada bertaraf Menteri, Timbalan Menteri dan Exco kerajaan negeri Selangor TIDAK HARUS melindungi pembunuh!

Mereka mesti mendesak pengurusan kuil berpindah patuhi perintah mahkamah.

Selagi kuil itu ada di situ tidak dirobohkan, rasa pedih marah masyarakat Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya akan sentiasa mengasak dada.

Masyarakat India yang ada pada malam itu rusuhan ganas itu juga mesti berkerjasama dengan polis.

Mereka mesti mengheret si pelaku jika benar tidak bersubahat melakukan pembunuhan anggota bomba itu.

Suka atau tidak, realiti wujudnya sentimen perkauman di sebalik tindakan memukul Adib tidak boleh disapu dibawah permaidani.

Tulisan Arif Atan

Post a Comment

0 Comments