Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi amaran keras terhadap pihak yang menurut mereka memperkotak-katikkan maruah orang Melayu.
Amaran itu dinyatakan presidennya Ibrahim Ali dalam Himpunan Jihad Perkasa di Kuala Lumpur hari ini yang disertai kira-kira 200 hadirin.
"Zaman retorik, bersyarah sudah berakhir. Bagi Perkasa, kesabaran Melayu sudah berakhir. Hari ini hanya mesej pusingan pertama.
"Selepas ini kami tidak akan berdiam diri lagi. Kalau perlu Perkasa akan mengamuk di seluruh Malaysia," katanya ketika berucap di himpunan itu.
Himpunan itu diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) serta mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy agar meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, ketika bercakap dengan pemberita kemudiannya, Ibrahim kelihatan sedikit lunak semasa menjelaskan maksud "amuk" tersebut.
Kata bekas anggota parlimen Pasir Mas itu, ungkapan "amuk" yang diucapkannnya tidak boleh difahami dalam maksud yang sempit.
"Perkasa akan tetap mengambil tindakan yang mematuhi lunas undang-undang di negara ini," katanya.
Amuk ialah perbuatan unik yang dikaitkan dengan etnik Melayu.
Ia merujuk kepada tindakan seseorang bertindak di luar rasional dan biasanya menyebabkan pertumpahan darah.
Semasa himpunan bersama Umno dan PAS di Pasir Salak Nov lalu bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengungkapkan perkataan "amuk".
Ok la tu melayu = sopan santun, sabar, amuk India = Kari, mabuk todi, cakap berbelit belit Cina = babi, kongsi gelap, tamak haloba
Aku masih rasa melayu paling bagus. Aku bangga jadi melayu. Korang punya rasa korang punya pasal. Boleh je migrate kalau Tak tahan sangat duduk dengan melayu atau takut kena sembelih bila melayu mengamuk. Tiket air Asia pergi Vancouver pun murah je. Sampai sana mintak la suaka politik. Lagi ramai pergi lagi kurang rasa melayu nak mengamuk ni. Tapi jangan lupa batalkan kewarganegaraan tu, nanti kena tax double domicile pulak. Yang Mana melayu nak kawin Caucasian yg Taknak tukar agama boleh ambil Jalan yang sama. Canada is a very open country.
2 Comments
Ok la tu
ReplyDeletemelayu = sopan santun, sabar, amuk
India = Kari, mabuk todi, cakap berbelit belit
Cina = babi, kongsi gelap, tamak haloba
Aku masih rasa melayu paling bagus. Aku bangga jadi melayu. Korang punya rasa korang punya pasal. Boleh je migrate kalau Tak tahan sangat duduk dengan melayu atau takut kena sembelih bila melayu mengamuk. Tiket air Asia pergi Vancouver pun murah je. Sampai sana mintak la suaka politik. Lagi ramai pergi lagi kurang rasa melayu nak mengamuk ni. Tapi jangan lupa batalkan kewarganegaraan tu, nanti kena tax double domicile pulak. Yang Mana melayu nak kawin Caucasian yg Taknak tukar agama boleh ambil Jalan yang sama. Canada is a very open country.
Pribumi lain per citer.. Bangsa joho per citerr
Delete