Bahaya Main Telifon Dalam Tandas - Mungkin Sama Kotor Dengan Mangkuk Tandas


Kajian menunjukkan telefon yang dibawa untuk jadi peneman ketika sesi ‘mencari ilham’ akan mengumpul lebih banyak kuman dari tempat duduk tandas anda.

Pada mereka yang menggunakan ‘leather casing’…peratusan kuman yang ada pada telefon anda lebih tinggi. Mungkin juga sama seperti mangkuk tandas.

Initial Washroom Hygiene telah mengambil sampel swab dari telefon pintar menggunakan peranti yang menyala setiap kali terdapat mikrob hidup di permukaan kawasan sampel. Tempat duduk tandas yang diimbas dengan cara ini menunjukkan 220 tempat terang di mana bakteria bersembunyi tetapi telefon bimbit purata mempunyai 1,479!

Profesor Hugh Pennington, profesor emeritus bakterialogi di University of Aberdeen, berkata:
”Mengambil sample swab dari telefon pintar hampir seperti memeriksa sapu tangan anda untuk kuman – ia pasti ada kerana peranti ini kerap berada di tangan anda.
‘Akan ada norovirus pada telefon tetapi kebarangkalian yang besar adalah bakteria ini adalah milik pengguna itu sendiri dan risiko untuk ia merebak adalah tipis. Bagaimanapun, adalah tidak disarankan untuk berkongsi telefon pintar dengan orang lain.’

Pakar percaya telefon menjadi sangat kotor kerana ia dibawa ke bilik air kerana ia menjadikan telefon anda terdedah kepada kuman yang sama seperti pemegang tempat duduk dan kerusi.

Melalui kaji selidik ke atas 2,000 orang oleh Initial Washroom Hygiene, 40 peratus mengakui menggunakan telefon pintar mereka di dalam bilik air pejabat. Daripada peratusan itu, hanya 20 peratus membersihkan telefon mereka selepas membawanya masuk ke dalam tandas.

Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk memastikan anda sentiasa ada tisu anti-bakteria dalam jangkauan anda!

FMT

Post a Comment

1 Comments