Ketahui Cara Menangani Skizofrenia, Kecelaruan, Kemurungan Keterlaluan & Kecelaruan Bipolar


Ada ahli keluarga atau rakan menghidap sakit mental seperti skizofrenia, kecelaruan kemurungan yang keterlaluan atau kecelaruan bipolar? 

Kalau ada, anda perlu pastikan pesakit itu ada 'Bantuan Kecemasan Pertama' iaitu orang yang akan menjadi yang pertama untuk bertindak/membantu.


Apa fungsi Bantuan Kecemasan Pertama

Mengenal pasti tanda perubahan atau krisis dalam tingkah laku dan menyediakan bantuan kpd pesakit. Dengan cara menyediakan panduan untuk membantu pesakit mental sehingga bantuan profesional tiba atau krisis diselesaikan.


Contoh Peranan Bantuan Kecemsan Pertama

Mampu mengendalikan cubaan pesakit mental untuk mencederakan diri sendiri atau cubaan bunuh diri.

Mereka juga mesti dapat membezakan antara kecemasan perubatan, gangguan psikologi dan miliki kemahiran mendengar.


Siapa Layak Jadi Bantuan Kecemasan Pertama

Anggota keluarga , kawan, rakan sekerja atau pelajar selagi mereka mempunyai pertalian rapat. Mereka pasti tahu tentang pesakit  seperti tingkah laku biasa dan tekanan dihadapi. 

KKM

Post a Comment

0 Comments