Kita Menang Pusingan Pertama...


Selepas diasak atas bawah depan belakang dan tidak cukup dengan itu, wan sepul seperti biasa dengan muka berlagak kekal tegas pendirian ptptn. Akhirnya terpaksa jemaah maszlee masuk campur dan mintak tangguh untuk mencari satu mekanisme baru.

Sekatan ke luar negara

Apakah tindakan ini kejam, ketika era BN dikatakan kejam kerana apabila anda ditahan, anda secara paksa untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal anda tidak dapat keluar daripada negara walaupun pintu flight sudah terbuka luas dimata.

Cara ini sangat praktik untuk menangkap golongan ada duit dan memaksa untuk membayar. Tetapi, hakikatnya modal ini digunakan dan BN kalah.

Memaksa Tanpa Rela Ala LHDN

Apa yang kami faham, tektik memotong gaji ala LHDN cuba diadaptasikan dan melibatkan kesemua peminjam. Tak kira korang telah bayar tunggakan ribu riban semata untuk tukar ujrah ataupun tidak. Hakikatnya, potongan gaji akan dikira mengikut struktur baru PGB baharu. Dan situasi tersebut telah menaikkan amarah peminjam baik yang tegar membuat bayaran bulanan.

Langkah seterusnya kita tunggu apa wan saiful nak buat lagi. Harap tidak membebankan seluruh peminjam ptptn.

Post a Comment

0 Comments