Katanya 300 Pendekar Melayu Turun Himpunan ICERD

Ribuan orang dijangka membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur hari ini sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Perhimpunan ini anjuran NGO Melayu Islam dan disokong oleh Umno dan PAS.

Mereka yang hadir berkumpul di tiga lokasi _ pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Mereka akan berarak ke Dataran Merdeka.

Himpunan itu akan bermula pada jam 2 petang ini dan dijangka selesai pada jam 6 petang.

Malaysiakini membawakan laporan langsung perhimpunan ini:

10.30am, Masjid Wilayah Persekutuan: Para pesilat mula berarak ke Istana Negara, yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat berkumpul.

Mereka membaca selawat ke atas jungjungan Nabi Muhammad SAW. Ketua Setiausaha Himpunan Ummah menggesa peserta membaca selawat dan tidak melaungkan slogan yang provokatif.

9.15am, Masjid Wilayah Persekutuan: Sekitar 300 pesilat Melayu, lengkap berbusana tradisional berbaju Melayu dan bersamping berkumpul. Mereka bersiap sedia untuk berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum.

Separuh pesilat berbaju Melayu hitam, manakala yang lain memakai baju Melayu berwarna hijau. Mereka turut mengibarkan panji-panji dengan kalimah Allah.

Ketua Setiausaha Gabungan Silat Pertahan Perlembagaan (Pertahan) Sahruddin Esa berkata mereka berhimpun secara aman dan tidak membawa senjata.

"Silat macam public performance, kita tak tunjuk samseng. Kita sekarang minta kebenaran untuk jumpa Raja-Raja, kita tak bawa senjata," katanya yang berkata gabungan silatnya merangkumi keanggotaan dari lapan buah negeri iaitu Sabah, Johor, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments