Macam Ni Jer Gaya Pengarah Strategik UMNO Bagi Idea.. Hahahaha

Macam manalah UMNO boleh pilih dia jadi pengarah strategik. Nilai RM40 dengan gaji RM2000 dia buat perbandingan seolah terlalu besar untuk graduan membayar ptptn. Apakah dia lupa ptptn membuat potongan menggila pada penjawat awam tempoh hari. Sampaikan ada yang terpaksa buat hutang bank semata2 untuk menukar pelan kepada ujrah dengan alasan perlu membayar dahulu jumlah tunggakan kerana tidak boleh diujrahkan keseluruhan baki yang ada. Itu bukan penganiyaan ker.

60 tahun memerintah, baru sekarang nak tunjuk amik cakna pasal pembayaran ptptn.

Astro Awani | "Nilai RM40 itu mungkin sedikit. Tapi jangan samakan mereka (graduan) dengan kita."

Itu hujah Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan yang menegaskan bahawa potongan RM40 daripada gaji peminjam yang bergaji RM2,000 mungkin merupakan perkara remeh buat golongan yang bekerja, namun berbeza buat graduan.

"Dengan gaji RM2,000, RM40 itu akan dipotong. Nilai RM40 yang dipotong itu, jika saya tambahkan RM60, saya boleh beli kad bantuan pengangkutan awam.

"Benda macam ini nampak seperti kecil, tetapi RM40 mungkin nilainya berbeza dengan graduan-graduan yang sedang atau baru mula bekerja," katanya semasa menjadi tetamu rancangan Debat AWANI yang bertajuk "PTPTN: Apa susah sangat nak bayar hutang?" hari ini.

Wan Agyl turut mengatakan potongan ini belum mengambil kira peningkatan potongan secara berkata yang sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.

"Bayangkan jika gaji saya RM5,000, pemotongan 15 peratus yang dikenakan akan memotong gaji saya sebanyak RM750. Itu belum dikira potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan potongan cukai pendapatan.

"Berapa banyak potongan yang dikenakan ke atas graduan-graduan kita hari ini? RM40 itu nampak sedikit tetapi sebenarnya bawa kesan yang besar kepada sosioekonomi graduan," tambahnya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Lain kali janganlah meminjam dari PTPTN, sudah tentu tidak perlu bayar apa-apa pun pada PTPTN itu! Pergilah pinjam kat ceti ataupun along, lagi senang hati.

    ReplyDelete