Maszlee Cuti Ke? - Najib Sarcasm



Terhibur. Dia belajar dengan Maszlee ni.

Maszlee cuti ke?

Saya harap Khalid Samad boleh beri lebih banyak maklumat mengenai kenyataannya.

Sekurang-kurangnya jelaskan macam Harapan Coin, kita tahu kawan Khalid Samad yang buat projek itu ambil 30 peratus. Terus terang dalam video Khalid Samad bagi tahu.

Dia kata Qatar nak labur duit dalam projek kereta Malaysia.

Apa yang orang Qatar akan dapat sebagai pulangan?

Mengapa begitu berminat dalam syarikat pengeluar kereta Malaysia ke-3, berbanding dengan peluang pelaburan otomotif lain di serata dunia?

Pelik.

Duit itu juga cukup untuk buat syarikat pengeluar pesawat setanding Boeing dan Airbus.

Baik minta orang Qatar labur dalam projek bernilai tinggi seperti syarikat pengeluar pesawat baru, bagi anak Malaysia lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang penerbangan.

Bidang seperti ini memerlukan teknologi dan bidang kemahiran yang tinggi, boleh bantu meningkatkan pendapatan, daya saing, produktiviti dan pengetahuan anak Malaysia.

Tak apa lah, nak u-turn boleh. Kita dah biasa.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments