Media antarabangsa telah melaporkan bahawa menteri-menteri kerajaan PH sudah pun memulakan rancangan dan pengaturan untuk menjual 25% kepentingan Petronas melalui satu penyenaraian di bursa saham. https://bit.ly/2AJmKwz
Apabila ditanya oleh media bisnes tempatan sebulan lalu, PM ke-7 juga tidak menafikan bahawa langkah untuk menjual Petronas sedang dibincang.
"“We haven’t decided. We will let you know when the time comes,” the PM told the media ", mengikut petikan laporan media itu.
(Kami belum buat keputusan. Kami akan beritahu anda apabila tiba saatnya).
Media tempatan ini melaporkan bahawa penjualan 25% saham dalam Petronas bakal memberi dana sebanyak RM200 bilion kepada kerajaan PH yang boleh digunakan untuk menutup kehilangan hasil GST setiap tahun dan untuk menutup defisit belanjawan PH yang lebih besar yang dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun. https://bit.ly/2E8S5x0
Penjualan dan penyenaraian Petronas ini sangat dinanti-nantikan oleh pelabur asing.
Media Jepun terunggul Nikkei pernah melaporkan pada Jun lalu memetik presiden dan pemilik syarikat Filipina San Miguel yang juga pemilik syarikat minyak Petron sebagai berkata bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan proses penswastaan dan penjualan aset secara besar-besaran tidak lama lagi.
Presiden San Miguel berkata ini peluang yang baik untuk mereka kerana mereka sangat berminat terhadap aset petroleum dan sumber tenaga Malaysia. https://s.nikkei.com/2E93Mne
Laporan Nikkei ini tidak pernah dinafikan oleh mana-mana pemimpin PH setakat ini.
Beberapa bulan ini, saya pernah menulis bahawa aset Petronas sudah naik lebih dari satu kali ganda semasa tempoh pentadbiran saya dan aset wang tunai Petronas sudah melambung kepada RM150 bilion sebelum PH mengambil alih kerajaan.
Kita juga telah dimaklumkan bahawa kerajaan PH akan memaksa Petronas untuk membayar dividen sebanyak RM82 bilion kepada mereka untuk tahun ini dan tahun depan. Ini satu penjarahan.
Saya juga pernah tulis bagaimana projek RAPID Petronas yang kini telah beroperasi dan pelaburan Petronas di projek gas di Kanada akan banyak menguntungkan dan menjamin masa depan Petronas dan negara.
Oleh itu, saya sangat harap bahawa Petronas tidak akan dijual oleh kerajaan PH tidak lama lagi seperti penjualan syarikat MNC bertaraf global IHH Berhad secara rundingan terus tanpa tender oleh Khazanah kepada negara Jepun minggu lepas.
Biar Petronas terus memain peranan sebagai rizab dan Khazanah masa depan untuk seluruh rakyat Malaysia dan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak - bukan untuk pihak swasta dan untuk kepentingan syarikat asing.
Tulisan Najib Razak
2 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete