Provokasi Singapura - Kenapa Mat Sabu Membisu ?

Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan pendirian serta ketegasan Malaysia dalam soal kedaulatan serta keselamatan negara.

Menurut DMJ, mereka mengambil serius konflik pertikaian antara Malaysia dan Singapura membabitkan sempadan ruang udara dan maritim, lebih lagi melibatkan Johor.

Tindakan membisu sehingga ke hari ini dan membiarkan perkara tersebut tanpa sebarang maklum balas daripada Menteri Pertahanan sangat mendukacitakan. DMJ menggesa beliau segera memberikan fokus terhadap isu dan keselamatan negara

DMJ juga berpendapat insiden bot dan kapal dipercayai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dicabar pihak Singapura dengan melakukan pemanduan bot secara berbahaya merupakan satu tindakan provokasi melampau.

Selain itu, tambah DMJ, tindakan tersebut juga boleh mendatangkan kemalangan kepada anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga kedaulatan negara.

DMJ khuatir jika tiada sebarang perbincangan segera antara kedua negara ia akan memberi kesan terhadap rakyat Malaysia khususnya nelayan di negeri ini yang bergantung sumber rezeki di perairan Johor

Malaysia Dateline

Post a Comment

0 Comments