Siapa Bercakap Tidak Benar...

Kerjasama Umno dengan Pas tidak akan menjadi kenyataan sendainya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak ikhlas dalam kata-kata mereka.

Keadaan ini sekaligus menggambarkan salah seorang atau mungkin kedua-dua pemimpin itu mempunyai lidah bercabang dan mempunyai misi politik yang membelakangkan Umno.

Kesahihan itu terserlah apabila 'roadshow' Nazri yang dikatakan diberi restu Ahmad Zahid di beberapa bahagian tidak menggambarkan suara sebenar Umno.
Penyatuan  Umno, PKR dan DAP seperti yang diucap Nazri untuk meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak menyebut langsung kerjasama dengan Pas. Ini di sahkan oleh mereka yg menghadiri perjumpaan itu.
Ia bercanggah dengan ucapan Ahmad Zahid sendiri semasa Himpunan Penolakan Ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka baru-baru. Beliau mahu orang Pas dan orang Umno bersatu mulai sekarang."

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, Umno akan meneruskan kerjasama dengan Pas berhubung isu membabitkan Islam.

Jelas Ahmad Zahid, Umno dan Pas akan terus bekerjasama jika ada isu babitkan Islam dan Melayu. Situasi kini menjadi waktu paling sesuai untuk Umno menjalin semula hubungan bersama Pas.

Kerjasama itu memberi impak positif untuk penyatuan Melayu pada PRU15 kelak.
Sedia maklum, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah berpesan supaya Pas berhati-hati dengan Umno  namun gelombang kebangkitan kini menjadi bukti kerjasama itu bukan lagi mustahil.

Maka kita tidak mahu ada dikalangan pemimpin Umno yang menjadi dalang membawa suara DAP melacuri penyatuan kuat ummah yang baru terjalin ini dikalangan Umno dengan Pas, lebih2 lagi selepas Perhimpunan Ummah yg terbesar di buat baru baru ini.”

"Tindakan diantara mereka berdua ini akan menjadi penghalang dan menimbulkan kesangsian Pas untuk melihat penyatuan itu berlaku menjelang PRU15 kelak."


MT perlu ambil tindakan

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sedia ada untuk bersikap lebih tegas selepas melihat tingkah laku Ahmad Zahid dalam isu kerjasama dengan DAP sebagaimana dikata oleh wakil yang direstuinya ke bahagian-bahagian Umno.

Mengapa minggu di mana kita kehilangan ramai ahli-ahli Parlimen Umno, mesyuarat MT pula ditangguhkan ke hari yang akan diumum kemudian? Mana 'sense of urgency' MT pada hari ini?
Mengapa ada individu-individu MT menggunakan bahasa berkias mengatakan memang ada masalah dalam kepimpinan sementara ada pula yg meminta dibelakang tabir agar akar umbi pula yg bertindak?

Bukankah mereka yang di beri kepercayaan dan mandat untuk membetulkan keadaan dari atas sekaligus melakarkan arah tuju parti untuk kita semua?”

Kita harapkan penjelasan tentang yang mana satu agenda yang dibawa Zahid ini. Adakah dia mahu berkerjasama dengan Pas ataupun DAP?

Buat masa ini, kedua-duanya umpama minyak dengan air yang tidak boleh bercampur. Dan jika ada salah dari segi orang yang di beri restu telah yang bercakap bagi pihak beliau maka harus diambil tindakan sewajarnya supaya tiada orang bawah was-was lagi diatas hala tujunya untuk kita.

Apa yang penting, kita kukuhkanlah parti dan jadilah pembangkang yg kuat mencapai hasrat rakyat yang telah memberi kita kepercayaan tanpa meminta sedekah untuk memasuki Kerajaan melalui pintu belakang.

Harap Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah juga dapat memainkan peranan yang sewajarnya samada secara terbuka ataupun tertutup untuk mencari jalan yang terhormat bagi menyelamatkan parti keramat ini.

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Abdul Hamid Jumat  
Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments