Laporan media The Edge mengesahkan
Tabung Haji jual tanah TRX kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) pada kos asal di bawah Kementerian Kewangan.

Harga dibayar oleh TH untuk beli tanah ini ialah RM188.5 juta  pada tahun 2015.

Pada bulan April, TH pernah mengeluarkan kenyataan bahawa harga tanah ini sudah naik harga kepada RM205 juta selari dengan kemajuan projek TRX yang semakin membangun sebagai lokasi perniagaan terunggul di Malaysia dengan bangunan tertinggi di Asia Tenggara.

Ketika itu, TH umumkan bahawa anak syarikat mereka iaitu syarikat pembinaan TH Property Sdn Bhd akan membangunkan hartanah tersebut dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM900 juta dan memberi keuntunggan beratus juta kepada TH.

Kini, akhbar The Edge melaporkan TH Property Sdn Bhd tidak akan terlibat dengan projek pembangunan ini kerana tanah sudah dijual dengan kos asal RM188.5 juta kepada syarikat SPV Menteri Kewangan.

Sebaliknya, syarikat SPV yang akan membangunkan projek ini dengan sendiri ataupun secara usahasama dengan syarikat lain yang mungkin akan dari pihak swasta.


Syarikat mana dan siapa yang akan menjadi rakan usahasama kepada SPV ini?

Siapa yang percaya tanah TRX ini tidak ada potensi atau tidak mungkin memberi pulangan yang lumayan?

Yang patut meraih nilai RM900 juta dan keuntunggan beratus juta untuk tanah TRX ini sepatutnya TH tetapi kini untung ini akan dikaut oleh pihak lain.

Pada asasnya, kaedah untuk mewujudkan SPV ini ialah TH meminjam RM19.9 bilion kepada SPV supaya SPV boleh membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion pada nilai buku dari TH.

Maksudnya, SPV itu pinjam dari TH untuk beli aset TH dan mengaut keutunggan bersama rakan usahsama mereka dari aset TH.

http://www.theedgemarkets.com/article/tabung-haji-set-sell-trx-land-bought-1mdb

https://www.nst.com.my/business/2018/04/358526/tabung-haji-trx-land-purchase-sound-investment-which-has-grown-value-89pc


Najib Razak