Anak Cina VS Anak Malaysia - Siapa Lebih Utama ? - BANkami Blog

Home Top Ad

Thursday, January 10, 2019

Anak Cina VS Anak Malaysia - Siapa Lebih Utama ?

"Anak Cina" atau "anak Malaysia" yang paling utama?

Adilkah sistem yang degil enggan patuh pendidikan kebangsaan mendapat peruntukan kerajaan?

The Star Online 6 Januari lepas laporkan peruntukan RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) akan dikeluarkan minggu ini.

Dijangka esok ada majlis penyerahan peruntukan daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Serah di mana? Jeng, jeng, jeng!

Serah di New Era University College dekat Kajang, Selangor bukan di wilayah Kwangsi, Kwangtung dan Fukien di China, ya.

Apa makna dan simbolnya?

Anda yang peka sejarah cabaran pendidikan kebangsaan dengan asakan tuntutan perkauman dan politik pilihan raya era BN tentu tahu.

Anda yang sudah jelak dengan peringatan jangan rasis lebih banyak dituju kepada Melayu ketika Malaysia satu-satunya negara di planet Bumi ini membenarkan sekolah aliran Cina beroperasi tentu tahu apa signifikannya New Era University College di negeri yang bersultan itu dipilih.

Kemegahan Cina mendapat sejumlah besar peruntukan bagi pendidikan berorientasi perkauman itu juga awal-awal dicanang di media berbahasa mereka. Tiada liputan meluas pula di saluran media berbahasa Melayu.

Berita Cina di TV 2 pada 4 Januari lepas lagi beritahu dijangka bulan Jun nanti, permohonan dana khas sebanyak 6,500 wan iaitu RM 65 JUTA kepada sekolah menengah dan sekolah bantuan modal sekolah rendah Cina akan dibuka!

Ingat, RM65 juta itu untuk kepentingan kaum ya atau untuk "anak Cina" bukan untuk "anak Malaysia" yang berada di Sekolah Kebangsaan (SK).

Dana sebesar RM65 juta itu bukan untuk kepentingan kebangsaan yang membantu usaha memupuk integrasi nasional.

Mengapa masih guna acuan 'Malaysia Lama' lagi jika benar kononnya pasca 9 Mei 2018 bebas daripada semangat perkauman?

Gambar pertama ini yang ada Timbalan Menteri Pendidikan China eh Malaysia, Teo Nie Ching ini juga terpampang di muka depan akhbar China Press terbitan di Malaysia bukan di Tanah Besar China.

Usah 'rasis' ya. Itu suasana di sebuah sekolah di MALAYSIA bukan di Taiwan. Ada juga barisan wakil rakyat bahkan Timbalan Menteri dari Kabinet MALAYSIA bukan Kabinet Hong Kong.

Harap mak long.

Malaysia Baru atau Malaysia Keliru?

Arif Atan

No comments:

Post a Comment