Yang Jual Negara Masa Itu, MITI Ke ?



Dulu: Guru besar marah pelajar, Salah Najib.

Teoh Beng Hock dijumpa mati di MACC. Salah Najib.

Pelaburan MCKIP di Kuantan, Melaka Gateway, Forest City dan Geely beli 49% Proton ialah jual negara.  Salah Najib.

Kucing tak beranak. Juga salah Najib.

Semalam, MITI di bawah kerajaan PH mengeluarkan kenyataan bahawa pelaburan di Malaysia mencecah RM1.9 Trilion untuk 10 tahun ini dan kadar pertumbuhan perdagangan antarabangsa bagi tahun 2017 ialah paling tinggi dalam tempoh 13 tahun - bermakna dasar dan strategi kerajaan BN semasa saya PM adalah baik.

DAP terasa. Mereka tidak puas hati. Mereka panas.

Tidak pernah berhenti menipu dan menghasut.

Timbalan Menteri DAP ini kata semua ini jasa pegawai MITI sahaja - bukan kerana Najib ataupun BN.

Najib dan BN tak payah ambil kredit, dia kata.

Ya, memang pegawai MITI memainkan peranan yang amat penting tetapi dasar pelaburan, dasar ekonomi, hubungan antarabangsa dan sebagaimana ialah dari mana?

Hari ini, MCKIP di Kuantan, Melaka Gateway, Forest City dan Geely beli 49% Proton bukan lagi jual negara.

Kini semua ini baik untuk negara. Tapi Najib tak boleh ambil kredit.

Habis itu yang dulunya "jual negara" dengan projek-projek ini bukan saya?

Yang jual negara masa itu ialah MITI ke?

Hari itu bila saya melawat River of Life,  orang DAP yang sama ini juga mengeluarkan kenyataan untuk menyeru saya jangan hanya tengok di tepi sungai.

Dia kata saya perlu masuk ke dalam sungai juga, Pergi berkayak di sungai Gombak juga, seru dia.

Orang DAP macam ini bukan sahaja penipu dan penghasut tetapi mereka tidak pernah berasa malu semasa menipu.

Logik mereka ada masalah.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments