Janganlah Bayar RM1 Sahaja. Itu Tidak Betul


Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kisah sedih saudara S. Sukumaran.

Ingin bawa perhatian kepada keadaan beliau dan semoga siapa yang mampu, dapatlah membantunya.

Saudara Sukumaran ini mempunyai keupayaan terhad akibat kemalangan dan kini mencari nafkah dengan mencuci kereta di kawasan parkir di Seksyen 9, Shah Alam.

Tidak ada harga yang ditetapkan untuk perkhidmatannya, bayaran terpulang kepada pelanggan nak bagi berapa.

Dulu dia bekerja sebagai pegawai keselamatan tetapi kontraknya ditamatkan.

Sebak saya mendengar kisahnya yang pernah tidur selama sebulan di perhentian bas sebab tidak cukup duit untuk sewa rumah.

Saya difahamkan dia semakin tertekan dengan kos sara hidup tinggi dan kekurangan peluang perniagaan.

Akibat kesempitan hidup, anaknya tidak cukup wang untuk persekolahan.

Saya kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak dapat mengerahkan agensi Kerajaan membantu beliau seperti dulu.

Namun saya masih MP dan dapat gaji sedikit dari Parlimen. Saya tahu sumbangan kecil saya ini tidak akan dapat bantu beliau sepenuhnya, tetapi saya tidak keberatan dan dengan sumbangan kecil ini, diharap membantu meringankan sedikit beban keluarganya.

Semoga dapat membantu dan saya doakan berkat usaha gigih saudara mencuci kereta, lebih ramai akan tampil membantu.

Guys, siapa yang nak cuci kereta, pergilah ke tempatnya di Seksyen 9 dan bantulah seboleh mungkin dengan bayaran berpatutan, bagi lebih pun lagi baik.

Janganlah bayar RM1 sahaja. Itu tidak betul.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments