Kontraktor Baru Untuk Projek ECRL ?

Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan tidak tahu sama ada kontrak kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC), bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sudah ditamatkan atau tidak.

Perdana Menteri berkata beliau baru pulang dari lawatan kerja di luar negara dan tidak tahu mengenai penamatan kontrak berkenaan.

“Saya tidak tahu dah tamat (kontrak) atau tidak, tapi salah satu cara kita menangani masalah ini ialah dengan menamatkan kontrak tapi bila kita tamatkan kontrak kita kena bayar pampasan.

“Kita akan bincangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam di sini, hari ini.

Dalam laporan baru-baru ini, Malaysia ketika ini dikatakan dalam fasa mencari kontraktor baharu bagi menerajui projek ECRL, selepas menamatkan penganugerahan kontrak kepada CCCC.

Berdasarkan maklumat sumber, kerajaan merangka usaha supaya kos pembinaan projek rel mega bagi manfaat penduduk Pantai Timur itu dikurangkan kepada separuh berbanding nilai awal, iaitu daripada RM81 bilion kepada hanya RM40 bilion.

"Keputusan penamatan kontrak itu diambil susulan kegagalan CCCC mempertimbangkan permintaan kerajaan seperti penggunaan produk dan perkhidmatan tempatan dalam pelbagai fasa pembinaan projek berkenaan," katanya seperti dilaporkan portal berita berpangkalan di Singapura, Straits Times, kelmarin.

CCCC menerusi kenyataan media pada 4 Julai lalu, menjelaskan semua kerja membabitkan ECRL dengan jajaran sepanjang 688.3 kilometer (km) digantung berkuat kuasa serta-merta.

Firma berpangkalan di China selaku kontraktor utama projek mega itu mengesahkan menerima notis untuk menggantung semua kerja projek ECRL daripada pemilik syarikat berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

Arahan penggantungan dikeluarkan MRL itu susulan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa kos sebenar projek ECRL menjangkau RM81 bilion, berbanding RM66 bilion seperti dilaporkan sebelum ini, sekali gus ia perlu dikurangkan secara ketara supaya berdaya maju dari segi kewangan.

Dr Mahathir, pada 22 Oktober lalu, dilaporkan berkata keputusan kerajaan membatalkan beberapa projek mega adalah disebabkan kekangan kewangan serta dapat menjimatkan kos menjangkau RM300 bilion.

Beliau dipetik berkata, antara projek yang dibatalkan merangkumi ECRL, Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HCR).

"Kita bukan suka-suka batal (projek mega). Macam-macam perkara yang kita tak mampu bayar tetapi dilakukan juga, itu masalahnya dan ia menelan kos sebanyak RM300 bilion,” katanya.

Berita Harian

Post a Comment

1 Comments

  1. nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
    MALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    Whats-app Mother Rossa Company: +1 (914) 529-5708.
    Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus membagikannya kepada anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur ​​dan jujur.
    "jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk melaksanakan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
    e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
    E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    nombor telefon bimbit +601616345654
    Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya

    ReplyDelete