Apabila kerajaan mengeluarkan kenyataan bangunan DBKL yang lama akan digunakan untuk mendirikan capsule hotel untuk golongan bujang. Pembangkang mula mengatakan ia adalah idea yang ditiru daripada pentadbiran BN. Dan mereka kongsikan satu laporan daripada FMT yang merujuk pada kenyataan KuNan pada tahun 2016. Apa yang sadis, ia tidak dilaksanakan hinggalah kerajaan PH mendirikan kerajaan.
Mungkin kerajaan PH boleh menambah baik lagi dengan meminta kerjasama daripada korporat yang memiliki bangunan terpakai yang tidak digunakan dan menjalin kerjasama bersama kerajaan untuk memperluas konsep capsule hotel. Bukan setakat untuk golongan bujang, malah kepada pelajar, kepada homeless dan musafir yang kehilangan punca pendapatan.
Rumah Golongan Bujang B40 Versi Kerajaan PH - RM100 Sebulan - Tidak Boleh Memasak
Malaysiakini | Golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim ‘micro-housing’ mulai tahun ini.
Akan membuat konsep seperti 'capsule hotel' yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.
Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100. Penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.
Kerja-kerja pengubahsuaian mula dilakukan sejak dua minggu lalu dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5juta hingga RM10 juta.
Menjangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula membuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai
Penghuni 'micro-housing' dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.
Permohonan secara 'online' menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi
Rumah Golongan Bujang B40 Versi Kerajaan BN - RM50 - RM80 Sebulan (Berita Tahun 2016)
FMT | Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah khusus untuk golongan belia bujang berpendapatan rendah di ibu kota.
Bertujuan membantu golongan itu menyewa bilik pada kadar rendah iaitu dari harga RM50 hingga RM80 sebulan.
Ini untuk membantu mereka yang bekerja di hotel, restoran dan dalam semua sektor perkhidmatan industri di Kuala Lumpur di mana mereka akan mampu menyewa bilik walaupun gaji mereka rendah.
Merancang untuk membina rumah berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit dan setiap unit akan mempunyai 5 bilik, tandas dan ruang makan.
Rumah ini juga akan dilengkapi kawasan meletak motosikal dan akan dibina berdekatan stesen LRT (Transit Aliran Ringan)
0 Comments