Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pakatan itu hanya mempunyai keputusan dan persetujuan bahawa selepas Mahathir, Perdana Menteri akan datang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kita yakin Mahathir dan Anwar memahami berhubung perkara ini dan biarlah kedua-dua tokoh ini menentukan tempoh masa terbaik untuk penggantian dilakukan.
Tempoh dua tahun yang diuar-uarkan sebelum ini mungkin dianggap sebagai kemungkinan yang boleh berlaku tetapi secara rasminya kita tidak pernah berbincang berhubung perkara itu.
Berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Saifuddin berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat pada 4 Januari ini bagi menentukan parti mana bertanding di situ.
Tetapi secara lazimnya, Pakatan Harapan akan mengikut parti mana yang sebelum ini bertanding di kerusi itu dan sehingga tiada permintaan parti lain dalam gabungan untuk bertanding.
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Comments