Salahguna Nama TPM - Anda Ingat Rakyat Ada Masa Untuk Pening Kepala

Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Ahli Parlimen PKR hari ini menafikan memberi kebenaran kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat PKR untuk membaca ucapan daripada TPM di sebuah Majlis pelancaran.

“Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut."

“Teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek ini tidak pernah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ataupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri."

"Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG,”

Timbalan Speaker Parlimen negara boleh salah-gunakan nama Timbalan Perdana Menteri negara di dalam majlis pelancaran projek swasta?

Adoi! Maka negara bertambahlah kucar-kacir.

Buatlah WhatsApp group sesama diri.

Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala?

Najib Razak
#maluapabossku

Artikel Penafian TPM : Astro Awani

Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini menafikan memberi kebenaran kepada pihak tertentu untuk menggunakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu teks ucapan perasmian di Damansara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat TPM berkata laporan berita yang memetik ucapan daripada TPM berkaitan projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi “Enhanced Malaysia International Internet Gateway” (EM-IIG) yang dibangunkan oleh Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd adalah tidak benar.

“Teks ucapan yang dibaca pada pelancaran projek ini tidak pernah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ataupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.

"Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, dalam majlis itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon telah membacakan satu teks ucapan kononnya daripada Pejabat TPM menggunakan nama Dr Wan Azizah pada Majlis Pelancaran EM-IIG.

Media dimaklumkan TPM tidak dapat hadir ke majlis itu kerana terpaksa menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pagi ini.

Pejabat TPM berkata menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran adalah perkara yang serius.

“Amaran diberikan kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti ini berulang,” kata Pejabat TPM lagi.

Post a Comment

0 Comments