Korea Utara Tembak Peluru Berpandu Lagi, Dunia Buat Selamba Macam Takde Apa Jadi



Korea Utara pagi tadi tembak satu peluru berpandu balistik dari kawasan Wonsan, terbang lebih 700 kilometer, pastu jatuh ke laut. Jarak tu lebih kurang Kuala Lumpur ke Bangkok. 

Jepun terus buat drama. “Kami protes keras!” “Kami tingkatkan pemantauan!” Korea Selatan pulak panggil mesyuarat tergempar.  Habis meeting, keluar statement suruh Korea Utara “hentikan provokasi”. 

Yang paling lawak, peluru tu jatuh luar zon ekonomi eksklusif Jepun. Maksudnya Korea Utara sengaja aim supaya tak kena betul-betul. Dia nak bagi tau “aku boleh, tapi aku tak nak”. Macam budak yang sepak pintu pastu lari. 

Dan timing dia memang cantik. Sehari sebelum tu, adik Kim Jong Un, Kim Yo Jong, baru je habis kutuk Korea Selatan. Dia kata permintaan Korea Selatan nak minta maaf pasal letupan periuk api di DMZ tu “sangat menyedihkan”. Dia cakap Korea Utara nak putuskan hubungan dengan Korea Selatan selamanya. 

Lepas tu esok pagi terus tembak peluru. Ini bukan signal politik. Ini drama Korea versi nyata. Yang lebih menyedihkan, dunia dah macam immun dengan semua ni. Dulu kali pertama Korea Utara tembak, seluruh dunia panik, ingat Perang Dunia Ketiga nak meletus. Sekarang? Berita masuk, orang baca sambil minum kopi, pastu scroll TikTok balik.

ASEAN pun sama. Ada la keluar statement “bimbang”, “seru Korea Utara patuhi resolusi PBB”. Tapi lepas tu semua balik buat kerja sendiri.  Korea Utara pun tahu, statement-statement ni takde gigi. Dia main-main je.

Jadi ya, Korea Utara tembak lagi. Dunia kecam lagi. Esok-esok dia tembak lagi, kita kecam lagi. Sampai bila?. Yang penting, kita boleh balik scroll TikTok dengan aman.

Sumber:

· Al Jazeera: North Korea fires ballistic missile towards the sea
· Yonhap News Agency (laporan Korea Selatan)

Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...