Tiba-tiba WhatsApp kena suspend, padahal rasa macam tak buat apa-apa?
Rupanya memang ada pengguna yang terkena akibat kesilapan teknikal sistem Meta. MCMC hari ini mendedahkan Meta mengakui sistemnya tersalah mengesan aktiviti pengguna WhatsApp yang sah sebagai pelanggaran peraturan. Lebih mengejutkan, kesilapan itu berlaku dalam lebih separuh daripada kes kumpulan pertama yang dirujuk MCMC kepada Meta.
😵 Kenapa Akaun Boleh Kena Suspend?
Bukan semua akaun yang disekat berpunca daripada kesilapan sistem. Menurut Meta, antara perkara yang boleh mencetuskan sekatan ialah:
- Nombor telefon kitar semula yang pernah digunakan oleh akaun yang disekat.
- Aktiviti spam atau penipuan.
- Corak penggunaan yang dianggap mencurigakan oleh sistem keselamatan WhatsApp.
- Penghantaran mesej dalam jumlah tinggi, terutama bagi akaun perniagaan.
🛠️ Tindakan Terkini Meta
Meta berkata masalah teknikal tersebut telah ditangani pada penghujung September. Akaun sah yang terjejas telah dipulihkn secara proaktif, termasuk sebahagian akaun yang pemiliknya belum sempat membuat rayuan.
Meta turut mengesahkan tiada perubahan dibuat terhadap Terma Perkhidmatan atau dasar penguatkuasaan WhatsApp.
🇲🇾 MCMC Tekan Meta?
Isu ini mula mendapat perhatian selepas MCMC menerima 92 aduan berkaitan akaun WhatsApp yang digantung, tidak boleh diakses atau didakwa diambil alih.
MCMC kini meminta Meta memperbaiki proses rayuan dan pemulihan supaya pengguna mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai status akaun mereka dan tindakan yang sedang diambil.
MCMC juga memberi amaran bahawa tindakan kawal selia selanjutnya boleh dipertimbangkan jika langkah Meta tidak mencukupi. Jadi kalau WhatsApp tiba-tiba kena block, jangan terus panik dan jangan bayar orang yang kononnya boleh “unlock” akaun.
Gunakan saluran rayuan dan sokongan rasmi WhatsApp terlebih dahulu.
Sumber:
- https://web26.bernama.com/bm/news.php?id=2614880
- https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/10/03/mcmc-meta-confirms-technical-error-wrongfully-suspended-whatsapp-accounts-in-malaysia/237498
- https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/meta-akui-kesilapan-teknikal-jejaskan-akaun-whatsapp/
- https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2613954

0 Comments