China kini mengehadkan eksport produk bahan api ke negara di luar Hong Kong dan Macau bagi bulan Oktober, ketika Beijing cuba memastikan bekalan dalam negara mencukupi. Seperti kita tahu, China bukan pemain industri minyak yang kecil. Segala tindakan China akan memberi kesan langsung dan tidak langsung.
Bila salah satu negara dengan kapasiti penapisan terbesar dunia kurangkan bekalan ke pasaran luar, negara Asia yang biasa membeli produk tersebut mula terasa tekanannya. Dan Malaysia antara yang perlu diperhatikan, apakah kita juga akan turut terkesan teruk?
🇨🇳 China Simpan Petrol, Diesel & Jet Fuel
Menurut laporan Reuters, syarikat penapis China telah menghentikan atau membatalkan sebahagian penghantaran petrol, diesel dan jet fuel yang dijadualkan untuk Oktober.
PetroChina misalnya membatalkan beberapa penghantaran petrol dan jet fuel.Belum jelas sama ada eksport akan disambung selepas 7 Oktober, kerana ia bergantung kepada tahap stok bahan api dan pengeluaran dalam China.
Jadi buat masa ini, pasaran masih tertanya-tanya, ini sekadar langkah sementara atau akan berlanjutan?
Atau, apakah ini petanda kita akan berdepan perang dunia ketiga selepas bulan november?
🇲🇾 Kenapa Malaysia Perlu Waspada?
Sebab Malaysia memang antara destinasi produk bahan api China. Data perdagangan yang dipetik Reuters menunjukkan Malaysia antara pembeli penting produk seperti diesel dan jet fuel dari China.
Bila bekalan China berkurang, pembeli di Asia mungkin terpaksa mencari sumber lain. Mudah cerita:
- China kurang jual
- Negara pembeli terpaksa mencari alternatif di tempat lain, itupun kalau negara tersebut nak berdagang.
- Persaingan mendapatkan bekalan diesel dan fuel jet akan meningkat
- Harga produk ditapis boleh naik melambung.
Itulah yang sedang diperhatikan oleh pasaran.
📈 Ketidaktentuan Harga Minyak Mentah
Kesan itu sudah mula dirasai dalam pasaran. Harga Brent kembali menghampiri dan melepasi paras US$100 setong, manakala margin penapisan petrol dan diesel di Asia turut meningkat apabila pasaran menjangka bekalan semakin ketat.
Reuters melaporkan margin penapisan petrol Asia melonjak melebihi US$50 setong berbanding Brent. Ini menunjukkan isu sekarang bukan semata-mata harga minyak mentah.
Bekalan petrol, diesel dan bahan api penerbangan juga sedang menjadi perhatian.
🚗 Jadi Harga Petrol Malaysia Akan Naik?
Tak semestinya terus naik. Harga pam Malaysia dipengaruhi oleh harga pasaran global dan mekanisme penetapan harga kerajaan.
Untuk minggu 1 hingga 7 Oktober, harga RON97 ialah RM5.00 seliter, manakala diesel tanpa subsidi di Semenanjung ialah RM5.27.
RON95 bersubsidi BUDI95 pula kekal RM1.99 seliter. Malah harga minggu ini sebenarnya turun berbanding minggu sebelumnya kerana pengiraan APM sebelum perkembangan terbaru ini. Jadi jangan terus nampak berita China lalu fikir minggu depan petrol mesti naik.
Belum tentu.
Tetapi kalau gangguan bekalan ini berpanjangan dan harga produk petroleum Asia terus meningkat, tekanan terhadap harga pasaran memang boleh menjadi lebih kuat.
🔥 Apa Yang Paling Berisiko?
Buat masa ini, antara perkara yang paling wajar diperhatikan ialah:
1. Diesel
Bekalan diesel Asia boleh menjadi lebih ketat kerana China merupakan salah satu sumber penting rantau ini.
2. Jet fuel
Malaysia juga merupakan antara pembeli produk jet fuel China. Ini boleh meningkatkan kos operasi penerbangan jika harga bahan api terus naik.
3. Kos pengangkutan
Jika diesel semakin mahal, kos logistik dan pengangkutan boleh menerima tekanan.
4. Harga barang
Kenaikan kos pengangkutan biasanya menjadi salah satu faktor yang boleh memberi tekanan kepada kos operasi perniagaan.
👀 Tapi Ada Satu Benda Yang Boleh Redakan Tekanan
Bukan semua berita sekarang buruk. G7 baru-baru ini bersetuju melepaskan 100 juta tong diesel dan minyak mentah daripada rizab kecemasan bagi membantu menstabilkan pasaran tenaga.
Kalau bekalan tambahan ini berjaya mengimbangi kekurangan dari China dan gangguan Timur Tengah, tekanan harga mungkin dapat dikurangkan. Tapi kalau China terus mengetatkan eksport selepas 7 Oktober?
Itu cerita lain.
Pasaran Asia mungkin terpaksa berebut lebih banyak bekalan dari negara penapis lain.
Dan untuk Malaysia, perkara paling menarik untuk dipantau selepas ini bukan sekadar “harga minyak naik atau turun”, tetapi berapa lama China mahu menyimpan bekalan untuk pasaran domestiknya.
Sebab kalau langkah ini berlanjutan, kesannya boleh pergi lebih jauh daripada harga di stesen minyak.
Sumber:
- https://www.reuters.com/business/energy/china-fuel-export-suspension-choke-supplies-asia-2026-10-02/
- https://www.reuters.com/business/energy/chinese-refiners-suspend-oct-fuel-exports-petrochina-cancels-cargoes-sources-say-2026-10-01/
- https://www.bloomberg.com/news/articles/2026-10-01/china-cancels-some-fuel-shipments-to-support-domestic-supply
- https://mof.gov.my/portal/en/news/press-citations/ron97-and-unsubsidised-ron95-down-5-sen-diesel-drops-15-sen-from-oct-1

0 Comments