Selagi Tidak Ada Proses Membalikkanya...

Dr Mahathir berkata tenaga nuklear tidak akan menjadi sumber tenaga bagi Malaysia sehingga pakar dan sains mencari penyelesaian dalam merawat sisa nuklear dan membalikkan proses pengekstrakan radiasi supaya ia tidak menjejaskan kesihatan manusia.

Perdana Menteri berkata sisa yang dijana oleh nuklear adalah berbahaya dan cuba menyingkirkannya adalah satu masalah.

Kerana sehingga kini, sains tidak berjaya membalikkan proses itu, anda boleh mengaktifkan bahan untuk berfungsi dan mempunyai radiasi (untuk tenaga, tetapi) tidak ada cara untuk membalikkannya.
Jadi, sehingga itu kita tidak akan menerima loji tenaga nuklear. Tetapi, apabila tiba masanya, ketika mereka (pakar dan sains) mampu merawat sisa nuklear dan ia selamat (untuk manusia) sudah tentu kita akan mempertimbangkan semula...tetapi pada masa ini, tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada Malaysia mempunyai rancangan alternatif untuk kuasa selain sumber tenaga sedia ada di negara itu.

Dr Mahathir berkata pada satu ketika, Malaysia menjual ‘amang’, hasil sampingan daripada industri perlombongan timah kepada Jepun, yang menggunakan kuasa radioaktif produk itu untuk industri televisyen berwarna negara itu.

“Tetapi kini TV semuanya LED dan mereka (Jepun) tidak lagi menggunakan bahan itu. Bahan tersebut berbahaya dan kami mempunyai perdebatan yang panjang dengan syarikat Jepun dan akhirnya kami telah menyediakan tanah seluas satu batu persegi untuk menanam sisa itu,” katanya.

Menjawab mengenai rasuah, Dr Mahathir berkata pada masa ini, kerajaan dilihat bebas rasuah dan tidak ada pihak yang mengatakan bahawa pentadbiran adalah korup.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa kita akan bebas rasuah pada masa hadapan tetapi pada masa ini orang kata kita tidak korup,” tambahnya.

Kira-kira 100 orang menghadiri sesi dialog itu termasuk para pegawai dari Kedutaan Malaysia.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments