
Bila otak dilahirkan dalam pemikiran lapuk umno dan hanya memikirkan poket sendiri semata-mata untuk menabur dedak dengan harapan mampu bertahan berkuasa selamanya. Apakah mereka lupa umno ditolak kerana perangai mempergunakan agenda melayu. Hakikatnya hanya untuk kayakan diri sendiri dan menjadikan golongan bawahan melayu sebagai tempat meraih simpati undi untuk membela bangsa melayu.
Tidak mustahil pada masa akan datang tiada lagi parti dominan dalam malaysia dan pembentukan kerajaan adalah berdasarkan undian ahli parlimen. Hasilnya, mereka yang tamak tidak boleh monopoli kekayaan negara.
Tun M perlu bertindak menyingkirkan ketua bahagian yang secara terangan berperangai umno dan cuba menzahirkan enzim-enzim umno didalam bersatu. Jika mereka mahukan projek, gunalah saluran yang betul dan bukannya melobi secara terangan menunjukkan sikap tamak melayu yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.
0 Comments