Undi PH Cameron = Undi Projek


Dimana janji PH sebelum ini dengan mengatakan politik suku, pebtadbiran kerajaan suku. Apakah pemilihan projek, pembangunan sesuatu kawasan masih dikawal oleh ahli politik. Dimana pembaharuan yang dilaungkan sebelum ini. Tiada beza antara BN dan PH jika politik ugutan ini menjadi sandaran.

Selepas menjadi kerajaan, ahli politik PH seolah lupa hala tuju asal, lupa segala tohmahan kepada pentadbiran BN, lupa akhirnya politik ugutan ini trlah menunjukkan jalam keluar kepada parti 60 tahun memerintah malaysia. Apakah PH merasakan seolah mereka telah memperolehi majorit 2/3 sokongan rakyat. Semestinya tidak dan politik ugutan ini tidak memberi kesan ketakutan kepada rakyat, tetapi perasaan jelek yang membuatkan rakyat mahu menukar kerajaan sekali lagi.

Berita lanjut, baca di HM

Post a Comment

0 Comments