“Kita bermula mungkin dengan klinik kesihatan, kemudian kita akan bawa ke depan hal hospital. Kita akan perjuangkan kerana itu yang diperlukan rakyat Semenyih,” katanya selepas melawat pusat pengundian awal di Kem Batalion PGA Semenyih, hari ini.
Dzulkefly sebelum ini dilaporkan berkata, rancangan membina hospital di Semenyih tidak munasabah, walaupun penduduk setempat perlu berulang-alik ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.
Semalam, Dzulkefly mengulangi cadangan membina sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih dalam usaha menambah baik kemudahan 2 klinik kesihatan sedia ada di pekan Semenyih dan Beranang yang usang.
Aiman turut berikrar memanfaatkan baki 3 hari tempoh berkempen sebaik mungkin untuk memastikan PH dapat mempertahankan kerusi Semenyih.
FreeMalaysiaToday
0 Comments