Proton Benar2 Kena Dijual Ke China!

Mereka sebenarnya betul.

Proton benar-benar kena dijual ke China!

Biar saya jelaskan.

Di atas sokongan dan restu PM ke-4, Khazanah telah menjual semua kepentingannya di dalam Proton kepada syarikat swasta DRB Hicom pada tahun 2012.

Pada masa itu, ada juga syarikat asing yang berminat untuk beli Proton dengan harga lebih tinggi tetapi kita tidak pertimbangkannya kerana mahu Proton tetap milik Malaysia.

Ini bermakna apabila syarikat DRB-Hicom menjual Proton kepada syarikat Geely pada tahun 2017, ini ialah satu penjualan OLEH syarikat swasta - bukan dari Khazanah ataupun dari kerajaan.

Selepas penjualan Proton oleh DRB Hicom, syarikat Malaysia itu masih memiliki saham terbesar di dalam Proton. Ia masih dikategorikan sebagai syarikat milik Malaysia. Syarikat milik Malaysia masih syarikat milik Malaysia.

Proton kehilangan wang pada jumlah yang besar setiap tahun, jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi. Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar.

Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya – DRB Hicom turut menerima kesan.

Jika berterusan, tidak mustahil jika berbilion-bilion Ringgit dana kerajaan perlu digunakan lagi pada masa depan untuk Proton. Ramai yang tidak bersetuju Proton terus menerima bailout.

Lantaran itu, penstrukturan Proton diperlukan. Kerajaan kemudian memberikan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton dengan syarat mencari rakan usahasama JV teknikal kerana kita tahu masalah Proton masa itu bukan hanya setakat kekurangan wang sahaja.

Syarikat itu kemudiannya membawa masuk Geely sebagai rakan perkongsian.

Ketika pemeteraian perjanjian itu, Proton dan Geely bersetuju untuk menjadikan Proton sebagai pusat eksport ke Asia Tenggara dan juga China.

Pada bulan Ogos 2018, Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton dengan disaksikan oleh PM ke-7 yang tampak sangat gembira biarpun hanya setahun sebelum ini, beliau berkata, tidak akan lagi bangga terhadap jenama Proton selepas Geely dijadikan rakan kongsi.
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/08/369996/peluang-proton-unggul-di-china

Jika keputusan Proton untuk mencari Geely itu tidak dibuat tahun lalu, sudah tentu tiada apa yang boleh disaksikan oleh PM ke-7 di Geely di China pada bulan Ogos lalu.

Penganalisis dan peserta pasaran berpendapat, langkah ini positif untuk Proton meneroka pasaran utama dunia dan mengurangkan kebergantungan kepada pasaran domestik.

Oleh itu, kereta Proton benar-benar kena dijual di China tidak lama lagi!

Mereka betul.

Bukan itu sahaja, model Proton X70 yang menerima sambutan hangat di Malaysia sekarang juga telah menghidupkan peluang Proton untuk terus memulih dan maju jaya.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments