Superman Hew Banyak Berjasa Pada DAP - Najib



Tadi ada kawan yang hantar klip ini kepada saya selepas saya menulis tentang lantikan ini.

Klip video pada April 2018 sebelum PRU14 ini ialah salah satu dari puluhan ceramah yang dibuat Hew Kuan Yau atau digelar Superman Hew semasa berkempen untuk DAP.

Ayat-ayat yang keluar dari mulut Hew semasa berkempen juga tak kurang hinanya - termasuk menghina PM ke-4 yang kini juga PM ke-7.

Video ini antara bukti bahawa pengerusi DAP Tan Kok Wai jelas berbohong apabila dia mendakwa bahawa lantikan Hew Kuan Yau sebagai CEO Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) bukan satu lantikan politik dan Hew kononnya tidak ada sebarang kaitan dengan DAP.

Lantikan ini jelas lantikan politik DAP untuk jawatan amat penting sebagai wakil negara di dalam perdagangan dua hala dengan negara China bernilai beratus bilion ringgit setiap tahun.

Terus-terang saya cakap, kerajaan PH tidak berani untuk membatalkan perlantikan Hew Kuan Yau kerana ini ialah kehendak DAP.

Hew sudah banyak berjasa kepada DAP.

Tak mungkin penat lelah mulut Hew menghasut dan menghina tak dibalas dengan jawatan.

Lain kali, pengerusi DAP ini tidak perlu terang-terang membohong macam ini.  Sekarang sudah kantoi.

Cakap saja lantikan Hew cuma satu "kebetulan", seperti Menteri PH yang satu itu walaupun "kebetulan" itu berlaku 10 kali pada 13 jawatan yang dilantik PH.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments