Dah Jumpa Sebab Kalah! PN Kata Sebab Pengundi Luar.....



Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan faktor pekerja luar yang tidak pulang mengundi menyebabkan parti itu kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, daripada analisis awal yang dilakukan pihaknya, didapati peratusan pengundi luar balik mengundi pada PRK KKB adalah rendah.

"Kita dapati ada kumpulan yang bekerja di luar tidak mengambil kesempatan untuk pulang mengundi dan kita lihat di situ peratusannya rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai keputusan PRK Kuala Kubu Baharu di Pusat Gerakan Utama PN di Bandar Utama Batang Kali di sini pada malam Sabtu.

Hadir sama Pengerusi PN Selangor merangkap Pengarah PRK Kuala Kubu Baharu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pakatan Harapan (PH) terdahulu dilapor berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang disandang sejak 2013 selepas calonnya, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Kemenangan itu juga menyaksikan wanita berusia 31 tahun berkenaan menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon PN, Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin mewakili Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, peratusan keluar mengundi keseluruhan yang direkodkan juga rendah iaitu hanya sekitar 61 peratus.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, PN bersyukur seadanya dengan keputusan yang direkodkan itu yang menyaksikan Khairul Azhari berjaya memperoleh lebih 10,000 undi.

"Kami melihat sokongan daripada orang ramai sepanjang waku kempen kita turun jumpa pengundi sangat baik dan setelah berusaha gigih kami menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

"Kami akan terus berusaha di masa depan untuk pastikan peratusan keluar mengundi lebih tinggi dan insya-ALLAH dengan itu ia akan memastikan kejayaan bagi pihak kami," ujarnya.

Ditanya sama ada pihaknya akan memfailkan petisyen bagi keputusan PRK berkenaan, Ahmad Faizal menegaskan, pihaknya akan meneliti setiap perkara terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Khairul Azhari berharap kerajaan PH dan Sock Tao yang memenangi kerusi tersebut dan kerajaan dapat menunaikan janji kempen mereka.

"Saya gesa tunaikanlah janji kerana ada isu (rakyat) yang masih belum selesai.

"Dalam tempoh berkempen, saya menyantuni ramai penduduk dan menerima banyak aduan. Ada aduan yang masih belum diselesaikan," katanya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Berbondong bondong manusia ke KWSP utk keluarkan duit

    Teringat masa lalu pulak Ni lah yang terguling guling atas Jalan Raya jagan bagi keluarkan duit semasa pasca kovit 19 sebab ekonomi Belum pilih sepenuhnya.

    Hari ini kovit 19 dah abis ekonomi doonia dah pulih. Peliknya kenapa berbondong bondong Rakyat beratur Nak keluarkan duit simpanan mereka..!?

    Sebabnya ekonomi kerajaan Papangang sedang tenat, cukai Naik, tarif Naik subsidi ditarik...

    Malaysia memilih pemimpin bodoh untuk memerintah

    Padan muko

    ReplyDelete
  2. It's always insightful to understand the reasons behind setbacks and losses, as they often pave the way for growth and improvement. Plus, finding solutions is key to bouncing back stronger!
    Krazycouponclub

    ReplyDelete
  3. What a fantastic blog! The meticulous research and engaging writing style make it both informative and enjoyable. Keep up the great work!
    bonchon promo code

    ReplyDelete
  4. I am thoroughly impressed by the quality of this blog. The depth of analysis and the clarity of your writing make it an exceptional piece. Keep up the great work!
    lsac services coupon code

    ReplyDelete