Gambar ini bocor dari Penjara Sde Teman di Naqab di mana ratusan rakyat Palestin dari Gaza dipenjarakan di sana
29 rakyat Palestin disahkan gugur di sana buat masa ini di sana. Ada banduan dipotong kaki atau tangan kerana digari secara berterusan di dalam penjara ini. Banduan ditutup mata dan memakai seluar dan lampin di mana mereka kekal memakainya walaupun mereka kencing dan berak di dalamnya
Pesakit yang sakit hanya memakai lampin dan digari di katil tanpa penjagaan kesihatan yang betul dan prosedur dilakukan mereka yang tidak terlatih
Dr Mohammad Al Dan iaitu Ketua Unit Pembedahan Hospital Indonesia yang dibebaskan dari penjara itu menyatakan dia harus melihat rakan di dalam penjaranya disiksa di hadapan mata
Banduan dipukul jika berbual atau bergerak. Anjing dilepaskan dan mencederakan mereka sehinggalah tulang banduan patah
1 Comments
aduh innalillah, lemahnya umat islam sekarang
ReplyDelete