Hebat Tun M - PAS Minta Tun M Jadi Pendamai Konflik India Pakistan

Tun M dicadang sebagai pengantara menyelesaikan pergolakan India-Pakistan

Dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum, tiada yang lebih mudarat sekiranya peperangan tercetus pada masa ini. Semua pihak akan rugi.

Oleh demikian, pergolakan hangat antara India dan Pakistan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh dunia terutamanya rantau Asia Tenggara.

PAS mendesak agar diusahakan segera perundingan dengan Malaysia mengambil inisiatif utama bagi menggerakkan perundingan tersebut.

Mengapa? Kedua-dua pihak menghormati kedudukan Malaysia, khasnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri India Narenda Modi antara yang terawal membuat kunjungan hormat kepada Tun Dr Mahathir sejurus beliau dilantik menjadi PM pada bulan Mei 2018.

Kemesraan yang ditunjukkan ketika Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang membuat kunjungan hormat pada November 2018 menunjukkan Tun Dr Mahathir amat dihormati.

Oleh itu, Tun Dr Mahathir adalah pengantara terbaik untuk mengajak kedua-dua pihak untuk berunding mencapai persefahaman untuk mengelakkan perang.

PAS berpandangan bahawa Rantau Asia tengah perlu dikekalkan keamanan, tambahan wilayah Kashmir yang bergolak sekian lama, mesti diusahakan penyelesaian tuntas dan berkekalan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
2 Mac 2019

Post a Comment

0 Comments