Kenapa FELDA Tidak Terlibat Dalam Urusan 1.62 Juta Tan Minyak Sawit Dengan China


FGV tak pernah rugi sejak disenaraikan pada tahun 2012.

Walaupun harga sawit jatuh dan fenomena El-Nino melanda  selepas disenaraikan, FGV tetap tak rugi.

Pada tahun 2017, FGV mula pulih apabila keuntunggan hampir berganda kepada RM400 juta.

Tetapi selepas kerajaan PH mengambil alih, FGV rugi RM1 bilion untuk tahun 2018 untuk kali pertama sejak disenaraikan 7 tahun dahulu.

Tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah perolehan atau penjualan FGV telah jatuh RM3.5 bilion (21%) pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.

Kejatuhan ini serius kerana FGV membeli buah tandan segar dan minyak sawit dari FELDA dan peneroka untuk dipasarkan kepada dunia.

FGV untung atau rugi itu hal berlainan.

Jika penjualan sawit FGV jatuh maka pembelian FGV dari FELDA dan peneroka turut jatuh.

Akhirnya, peneroka-peneroka FELDA yang kini jauh ‘airmata’ pemimpin PH, akan merasa terkesan.

Kejatuhan penjualan sebanyak 21% atau RM3.5 bilion penjualan bukan satu isu remeh dan merupakan antara faktor utama FGV rugi RM1 bilion untuk tahun 2018.

Tidak pernah berlakunya penjualan FGV jatuh begitu banyak dalam mana-mana tahun sebelum ini.

Penjualan jatuh RM3.5 bilion bersamaan dengan dana RM3.5 bilion telah lesap dari poket FELDA dan peneroka.

Saya tengok sidang media Teresa Kok minggu lepas di mana beberapa syarikat China telah mengumumkan hasrat mereka untuk membeli 1.62 juta tan minyak sawit dari 4 syarikat Malaysia.
https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-china-sign-us891-million-palm-oil-purchase-deals

Dari 1.62 juta tan ini, hanya 100,000 tan ialah dari syarikat Sime Darby Plantation milik PNB manakala 1.3 juta tan dari syarikat milik WIlmar yang berpangkalan di Singapura.

Baki 220,000 tan itu ialah dari syarikat Teck Guan Group dan SOP Edible Oils.

Felda dan FGV langsung tidak terlibat dalam pengumuman ini. Apakah nasib peneroka ini nanti? Anak anak mereka yang tinggal di bandar, tak mahukah perjuangkan nasib peneroka?

Saya harap kerajaan PH dan Teresa Kok akan membantu FGV dan FELDA memulihkan dan meningkatkan penjualan mereka.

Jagalah sikit FELDA dan peneroka.

Jangan hanya tahu panggil mereka tanam buluh sahaja.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments