Mujahid Jumpa Zakir Naik - Latheefa Koya Butthurtt Pulak Apesal

Pertemuan Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa dan pendakwah kontroversi Zakir Naik mendapat perhatian peguam Latheefa Koya.

"Teruskan usahamu tuan menteri, pada tahap ini anda boleh menyertai semula PAS tidak lama lagi," ciap pengarah eksekutif Lawyers For Liberty di Twitter.

Terdahulu, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkongsi mengenai pertemuan beliau bersama Zakir itu dalam satu hantaran Facebook.

Zakir dikehendaki di negara asalnya India kerana beliau didakwa terkait dengan kegiatan keganasan.

Menjelaskan pertemuan tersebut, Mujahid berkata pengalaman Zakir di seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi meneruskan kerja dakwah.

"Pertemuan penuh mahabbah bersama Dr Zakir. Pengalaman dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi buat kita untuk meneruskan kerja dakwah.

"Semoga Allah memperteguh usahanya untuk membimbing manusia mengenali Islam," katanya.

Bagaimanapun, Latheefa dalam hantaran di media sosialnya itu bertanya bagaimana watak sebegitu yang didakwanya "memecah-belah" boleh menjadi inspirasi kepada negara.

Mujahid bertemu Zakir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur dan berlangsung kira-kira sejam tengah hari tadi.

Baru-baru ini, Mujahid dikritik kerana mengatakan perhimpunan sambutan Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur sebagai menyalahgunakan demokrasi kerana dikatakan mempertahankan hak golongan LGBT.

Julai lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Zakir yang kini bertaraf pemaustatin tetap Malaysia dan tinggal di Putrajaya tidak akan dihantar pulang ke India.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments