Mengisytiharkan darurat bencana untuk Pasir Gudang bukan satu perkara yang senang mencetuskan panik dalam masyarakat seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah.
Darurat bencana jerebu pernah diisytiharkan oleh saya bagi seluruh Daerah Muar dan Daerah Ledang pada tahun 2013.
Masa itu, tidak ada seorang pun yang panik.
Pengisytiharan darurat bencana dilaksanakan kerana ia memudahkan operasi bersama kerajaan pusat dengan kerajaan negeri untuk membaik pulih kawasan terjejas dilakukan dengan segera dan secepat mungkin.
Oleh itu, kerajaan PH tak perlu takut untuk isytiharkan darurat jika situasi memerlukannya.
Sebaliknya, kerajaan perlu bertindak dengan pantas dan tegas apabila nyawa dan kesejahteraan rakyat terancam.
Najib Razak
0 Comments