Nak Jaga Telur Pun Tak Lepas..


Seorang Menteri jaga telur pernah umumkan dengan bangganya bahawa kerajaan PH berjaya turunkan harga telur 2 sen pada bulan Disember lalu.

Tetapi mengikut data rasmi Kementerian Pertanian, harga telur ayam terus naik sehingga kini.

Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen.

Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada minggu lepas sudah naik 59.2% sehingga 43 sen.

Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen.

Itupun harga di ladang. Harga runcit tentu bertambah mahal.

Ini data dari kementerian kerajaan PH sendiri. Bukan Najib reka.

Ini jelas membuktikan Menteri PH berbohong lagi masa itu apabila dia kata kerajaan telah berjaya kawal harga telur dan harga turun 2 sen.

Siapa ingat Menteri PH yang berjanji untuk siasat kenaikan harga KFC tahun lepas?

Apa hasil siasatan? Harga KFC sudah turun atau tidak?

Kata nak siasat, lepas tu senyap.

Pada masa itu, mereka yang pertahankan PH kata Rakyat tak makan KFC tiap-tiap hari pun.

Bagaimana dengan telur pula? Rakyat tak makan telur tiap-tiap hari?

Kalau makanan asas seperti telur pun tak dapat kawal, ada hati PH janji nak kawal harga barang lain.

Nak jaga telur pun tak lepas.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments