PETRONAS telah mengeluarkan laporan kewangan untuk tahun 2018.
Laporan itu mengesahkan PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja .
Belum masuk dividen untuk tahun 2019 lagi.
Ini jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.
Disamping dividen yang jauh lebih tinggi, cukai yang dikenakan dan telah dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan PH juga naik RM2 bilion.
Oleh kerana dividen RM80 bilion ini lebih tinggi dari keuntungan PETRONAS untuk tahun 2018, maka nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion.
Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS sudah turun.
Bukan itu sahaja.
PETRONAS juga memberi tahu itupun belum masuk lagi dividen terakhir untuk tahun 2018 sebanyak RM24 bilion yang baru diisytihar.
Selepas diambil kira RM24 bilion ini, maka ekuiti terkumpul Petronas akan turun kepada RM401.3 bilion berbanding RM432.8 bilion pada masa BN hilang kuasa.
Seperti yang saya pernah dedahkan dahulu, nilai ekuiti terkumpul PETRONAS hampir berganda semasa saya PM dari RM248 bilion pada akhir tahun 2008.
Laporan Petronas untuk suku ke-4 2018 juga melaporkan bahawa keuntungan mereka jatuh 21% berbanding tempoh yang sama tahun 2017 walaupun harga minyak dunia jauh lebih tinggi tahun lepas.
Petronas kata kos mereka tiba-tiba naik RM8 bilion untuk suku 4 dari RM37.2 bilion kepada RM45.3b.
Sebab apa telah naik begitu banyak tidak diberitahu.
Patutlah unjuran penarafan PETRONAS telah diturunkan menjadi negatif oleh syarikat penarafan antarabangsa:
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/11/496255/moodys-ubah-tinjauan-penarafan-petronas-lng-ke-negatif
Bagus itu.
PETRONAS bayar RM80 bilion dividen serta cukai tambahan RM2 bilion untuk tahun 2018 sahaja. Oleh itu, nilai ekuiti mereka turun untuk kali pertama sejak 10 tahun dahulu.
Hutang negara naik RM75 bilion lagi kepada RM761 bilion pada akhir Februari 2019 berbanding RM686 bilion pada akhir 2017 di bawah BN.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155937477320952/
Itupun belum masuk hutang RM7.5 bilion bon samurai Jepun yang diumumkan telah diterbit hari ini.
Nilai aset Khazanah jatuh RM25 bilion pada tahun lepas dan melaporkan kerugian pertama sejak tahun 2005.
Manakala satu sen dari hutang RM30 bilion 1MDB pun tidak dikurangkan kerana hanya perlu di bayar secara beransruran dari tahun 2022 sehingga 2038.
Ekonomi terus merosot tahun ini.
Ini satu prestasi yang patut dibanggakan dari Menteri Kewayangan akauntan tidak bertauliah kita.
Masih boleh jual lagi aset-aset negara jika PETRONAS sudah kering diperas.
Najib Razak
0 Comments