🔥Azmin Kata, Bersatu Solo Di Melaka? 😆 Lepas 23 Calon Hangus Deposit Di N9, Berani Ke Ulang?

Banyak betul duit BERSATU kan? Siapa sponsor? 😆 Bersatu dah sah nak bertanding solo dalam PRN Melaka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata parti itu akan guna logo Bersatu dan sedang menyusun jentera untuk menghadapi pilihan raya.

Tapi menariknya, beberapa hari lalu ada pula makan malam tertutup di Melaka yang turut dihadiri pemimpin Bersatu dan tokoh PH.

Azmin kata itu pertemuan peribadi.

Okay 😏🤧

Negeri Sembilan masih jadi tanda tanya

Dalam PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, Bersatu letak 24 calon. Menang?

Tak ada satu pun.

Lebih menarik, 23 daripada 24 calon hilang deposit. Hanya seorang berjaya mengekalkannya.

Tun Faisal di Sikamat pula cuma mendapat 511 undi. Di Nilai, calon Berjasa mendapat sekitar 18% undi, manakala calon Bersatu hanya sekitar 2%.

Sebab itu keputusan Bersatu untuk ulang formula solo di Melaka memang menarik perhatian.

Jentera masih kuat?

PAS sudah memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada 9 Jun 2026. Kemudian muncul pula Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin yang menang beberapa kerusi di Negeri Sembilan menggunakan logo PN.

Maksudnya, jentera yang dulu bergerak bersama kini sudah berpecah. Di Johor pula, 21 daripada 33 calon PN hilang deposit dalam PRN baru-baru ini.

Simple..  Bersatu masih ada jentera akar umbi yang cukup kuat untuk bergerak sendiri?

Sokongan Melayu pula?

Kajian Merdeka Center yang dijalankan Mac hingga April 2026 menunjukkan 49% responden Melayu berpuas hati dengan Muhyiddin Yassin.

Tapi jangan terus kata 49% itu sokongan kepada Bersatu. Sokong pemimpin tak semestinya undi parti.

Buktinya, Bersatu boleh dapat 49% tahap kepuasan terhadap Muhyiddin dalam kalangan Melayu, tetapi hanya sekitar 2.5% undi di Negeri Sembilan ketika bertanding sendiri.

Dua benda berbeza.

Jadi Melaka macam mana?

Bersatu pernah menang dua kerusi dalam PRN Melaka 2021 melalui PN. Tapi kali ini PAS dan Bersatu sudah tidak bergerak macam dulu.

Kalau pertandingan banyak penjuru berlaku, undi Melayu juga boleh berpecah. Bersatu kata mereka bersedia untuk solo.

Persoalannya sekarang bukan berani letak calon atau tidak. Berapa ramai yang mampu selamatkan deposit?

SPR akan bermesyuarat pada 7 Oktober untuk menetapkan perkara penting berkaitan PRN Melaka.

Lepas tu kita tengok.

Sumber:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/09/30/no-deal-with-pakatan-azmin-says-bersatu-preparing-to-contest-melaka-polls-alone/237125

https://bernama.com/bm/news.php?id=2589220

https://www.sinarharian.com.my/article/790438/berita/politik/prn-negeri-sembilan-tun-faisal-antara-29-calon-hilang-deposit

https://www.sinarharian.com.my/article/790550/berita/politik/cerita-di-sebalik-keputusan-prn-negeri-sembilan

https://www.malaysiakini.com/news/781187

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/prn-johor-55-calon-hilang-wang-deposit/

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/06/25/anwar-remains-malaysias-most-popular-leader-with-khairy-close-behind-as-economy-tops-voter-concerns-merdeka-center-survey-finds/225169

https://theonlinecitizen.com/2026/06/26/anwar-ibrahim-retains-highest-approval-rating-at-52-as-rafizi-and-nik-nazmi-quit-pkr-for-bersama-merdeka-center-poll-shows

https://www.kosmo.com.my/2026/09/30/kerjasama-ph-plus-bersatu-potensi-gabung-sokongan-pelbagai-kaum/


Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...