Agak2 Lepas Ni Ada Tak Menteri PH Akan Sokong Tindakan Kerajaan India...

Sebuah panel Interpol sedang mengkaji permintaan India untuk mengeluarkan notis merah terhadap Zakir Naik, ketika New Delhi berusaha mendapatkan perisytiharan pelarian antarabangsa bagi pendakwah kontroversi itu, lapor Hindustan Times.

Dua pegawai yang enggan dikenali berkata, laporan itu menyatakan Suruhanjaya Kawalan Fail Interpol (CCF) mengadakan mesyuarat untuk membincangkan permintaan India pada 19 April lalu.

Memetik satu kertas pertuduhan difailkan terhadap Naik pada Oktober 2017, dengan satu salinan turut dihantar kepada Interpol, seorang daripada pegawai itu berkata, Interpol kemudiannya merujuk permintaan notis merah itu kepada CCF.

“Kami positif CCF akan mengesyorkan satu waran tangkap global terhadap Naik, yang akan mengehadkan pergerakannya,” kata pegawai itu.

Notis merah bertujuan memaklumkan negara anggota Interpol mengenai individu dalam senarai dikehendaki berdasarkan waran tangkap atau keputusan kehakiman setara yang dikeluarkan sebuah negara atau tribunal antarabangsa.

Satu notis merah yang dikeluarkan terhadap Naik terdahulu, dibatalkan pada Disember 2017 kerana beliau belum didakwa di India.

Interpol menolak penyerahan itu dengan berkata, ia “pramatang” dan India bertindak sebelum masanya.

Pendakwah itu berdepan pertuduhan pengubahan wang dan mencetuskan kebencian kaum di India, dengan pihak berkuasa pada tahun lalu berkata, beliau “menggalakkan permusuhan dan kebencian antara kumpulan agama berbeza di India melalui ucapan dan ceramah awam”.

Bangladesh menyalahkan ucapannya sebagai alasan untuk serangan di Dhaka pada 2016 yang meragut 22 nyawa.

Naik diberikan status penduduk tetap di Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

FMT

Post a Comment

0 Comments